Soalan Lazim Japen

Bahagian Gerak Saraf Dan Pengurusan Isu
Bahagian Khidmat Pengurusan Dan Kewangan
Bahagian Komunikasi Visual Dan Seni Reka
Bahagian Media Dan Komunikasi Korporat
Bahagian Penerbitan Dasar Negara
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Bahagian Dasar Dan Perancangan Strategik
Bahagian Perkhidmatan Komunikasi Dan Pembangunan Masyarakat
Bahagian Teknologi Digital
Bahagian Perhubungan Antarabangsa
Bahagian Media Siber

  • Memberi perkhidmatan penerangan yang berkualiti, tepat, semasa dan mudah difahami dalam masa 14 hari;
  • Menyediakan laporan maklum balas yang objektif, tepat, semasa dan terkini dalam tempoh 7 hari daripada isu berbangkit;
  • Memberi khidmat perhubungan awam yang profesional dan berkesan;

Antara fungsi utama Jabatan Penerangan Malaysia kepada masyarakat ialah memberi penerangan dan penjelasan berkaitan dasar-dasar, falsafah dan wawasan negara; dan membina, mengukuh dan memperluaskan jaringan komunikasi yang menyeluruh dan berkesan dalam menguruskan maklumat strategik; menyediakan khidmat kepakaran dan penerbitan bahan-bahan maklumat serta komunikasi visual.

Misi Jabatan Penerangan Malaysia ialah menterjemah dan memasarkan dasar dan agenda negara supaya difahami, disokong, dihayati dan dibudayakan oleh seluruh rakyat melalui program penerangan.

Visi Jabatan Penerangan Malaysia ialah menjadi peneraju utama dan teras dalam menjayakan gagasan Malaysia dan pembinaan negara bangsa berteraskan Rukun Negara.

Sejarah penubuhan Jabatan Penerangan dikatakan bermula dari tarikh penubuhan Jabatan Publisiti dan Percetakan ( Department of Publicity and Printing ) pada bulan September 1945. Jabatan ini disusun semula untuk disesuaikan dengan pentadbiran sivil mulai 1 April 1946 dan diberi nama baru iaitu Jabatan Perhubungan Raya (Department of Public Relations). Pada tahun 1950 nama itu ditukar kepada Jabatan Penerangan dengan tugas-tugas yang tersusun dan diperluaskan lagi. Jabatan ini diletakkan di bawah Kementerian Penerangan Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 1961.