Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Carta Organisasi

Objektif
Bahagian ini menyediakan khidmat sokongan kepada bahagian-bahagian di Ibu Pejabat dan negeri-negeri dalam bidang pengurusan dan pembangunan sumber manusia termasuk perkhidmatan pembangunan organisasi, pembangunan sumber manusia, kenaikan pangkat, pengurusan tatatertib serta keperluan latihan.
Fungsi
-
Menyediakan khidmat sokongan kepada Ibu Pejabat dan Negeri berkaitan bidang pengurusan dan sumber manusia
-
Piagam Pelanggan
-
Merangka modul latihan kursus yang bersistematik dan berkesan dengan memberi penekanan kepada aspek pembangunan diri, penguasaan pengetahuan kemahiran, kreativiti dan inovasi.
-
Mengenalpasti kebolehan pegawai bagi mengisi jawatan kosong secara pemangkuan atau kenaikan pangkat bagi semua peringkat mengikut kesesuaian Jabatan.
-
Penyediaan bagi semua jenis Penyata Perubahan Kewangan (Kew.8) dalam masa satu minggu daripada tarikh Surat Kebenaran penyata Perubahan Kewangan (Kew.8) diterima.
-
Mengemukakan Dokumen- Dokumen Persaraan Lengkap kepada Bahagian Pasca Perkhidmatan, JPA mengikut tempoh masa yang diarahkan.
-
Menguruskan proses LNPT dengan cekap, cepat dan efisien mengikut pekeliling-pekeliling dan peraturan-peraturan yang ditetapkan.
-
Memastikan pemakluman kelulusan Perisytiharan Harta pegawai/kakitangan dapat dilakukan dengan cepat dan segera supaya memudahkan urusan kenaikan pangkat, permohonan jawatan baru,temu duga serta menjamin akauntabiliti dan integriti pegawai dan kakitangan jabatan.
-
Menyediakan kajian perjawatan, penyusunan semula struktur organisasi, permohonan pengukuhan dan penyusunan semula jawatan dalam tempoh tiga bulan dari tarikh ia mula diterima dan diproses.
-
Melaksanakan naziran perjawatan sekurang-kurangnya dua kali setahun bagi memastikan penggunaan tenaga manusia yang optimum berdasarkan struktur organisasi yang sesuai.