Bahagian Perhubungan Antarabangsa

Carta Organisasi

 

cpa

 Objektif

  • Merancang dan melaksana penglibatan jabatan di peringkat antarabangsa

Fungsi

  • Merancang strategi mengenai penglibatan Jabatan dalam bidang penerangan di peringkat antarabangsa.

  • Melaksanakan kerjasama dua hala dalam bidang penerangan di antara Jabatan Penerangan Malaysia dan negara luar.

  • Menyediakan khidmat keurusetiaan dalam Hal-ehwal Asean, Hubungan Dua Hala dan Pelbagai Hala yang melibatkan Jabatan.

  • Merancang dan menyelaras pelaksanaan projek dan program Jawatankuasa Asean mengenai Kebudayaan dan Penerangan (ASEAN -COCI) di peringkat antarabangsa.

  • Mengkaji keperluan dan keberkesanan bahan maklumat terbitan Jabatan untuk edaran luar negara.

  • Mengenalpasti kumpulan sasaran untuk maksud penyampaian maklumat di luar negara.

Piagam Pelanggan

  1. Melaksanakan program-program ASEAN-COCI sebagaimana diarahkan oleh Kementerian (Sekretariat Kebangsaan) dengan berkesan, mudah difahami dan bermanfaat.

  2. Melaksanakan program-program yang berkesan bagi hubungan kerjasama dua hala dalam bidang penerangan antara  Malaysia dan Negara-Negara Luar mengikut persetujuan Memorandum Persefahaman.

  3. Melaksanakan program-program dalam bidang penerangan dengan Pertubuhan-Pertubuhan Antarabangsa lain yang diarahkan oleh Kementerian (Contoh : UNESCO  dan OIC) menepati Objektif-objektif yang ditetapkan.

 

Print