Inisiatif Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna

Melaksanakan Kajian Rantaian Bekalan Barangan Terpilih

  • Kajian ini dilaksanakan oleh KPDNHEP sebagai langkah memahami lapisan rantaian bekalan dan elemen yang terlibat sebelum harga akhir sesuatu produk atau perkhidmatan dijual kepada pengguna.
  • Kajian ini akan membantu kerajaan dalam mencapai keputusan dan merangka dasar untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat dengan lebih efektif.
  • Laporan awal kajian rantaian bekalan bagi 10 barangan keperluan terpilih mendapati terdapat orang tengah yang mengaut keuntungan pada kadar tinggi sehingga mencecah 133 peratus untuk barangan tertentu.
  • Apabila laporan akhir kajian lengkap, KPDNHEP akan mengambil tindakan tegas berdasarkan hasil kajian dan bukti yang sahih bagi menurunkan harga barangan terbabit yang sekali gus memberi manfaat kepada pengguna.

Print Email