Inisiatif Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna

Membangunkan Usahawan Tempatan melalui Kempen Beli Barangan Buatan Malaysia (KBBM) dan SSM BizGrant

Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) :

  • KPDNHEP telah diberikan peruntukan sebanyak RM20 juta bagi tujuan membantu usahawan tempatan mengembangkan serta merancakkan industri barangan tempatan dan menggalakkan pembelian barangan buatan Malaysia.

Pecahan anggaran perbelanjaan peruntukan KBBM adalah:

  • 50 peratus atau RM10 juta untuk penembusan pasaran bagi penyenaraian tetap produk-produk tempatan di pasar raya besar, kedai serbaneka dan pelbagai lagi platform lain;
  • 25 peratus atau RM5 juta untuk pengiklanan dan promosi secara menyeluruh di semua platform media sama ada media cetak, media elektronik, media sosial, pengangkutan awam dan juga papan-papan iklan; dan
  • 25 peratus atau RM5 juta lagi, untuk penganjuran karnival jualan KBBM di seluruh negara serta misi perdagangan mempromosikan produk Malaysia di luar negara.

Print Email