Inisiatif Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna

 Kolaborasi KPDNHEP Bersama AirAsia Bagi Mempromosi Produk Buatan Tempatan.

Kempen Beli Barangan Malaysia diperhebatkan dengan kerjasama strategik antara KPDNHEP dan syarikat penerbangan kos rendah, AirAsia dalam melonjakkan produk-produk usahawan tempatan ke peringkat antarabangsa.

Kerjasama itu antara lain membuka ruang kepada lebih dari 550 produk-produk tempatan yang dikenal pasti oleh kementerian untuk diketengahkan melalui platform-platform milik AirAsia iaitu menu dalam penerbangan, restoran francais Santan dan T&CO Coffee serta laman e-dagang OURSHOP.com dan ROKKI.

AirAsia juga telah bersetuju untuk mengecualikan produk-produk tempatan yang disyorkan oleh kementerian daripada caj penyenaraian (RM5,000) bagi platform e-dagang mereka, ROKKI dan OurShop.

Inisiatif ini akan meningkatkan lagi kesedaran terhadap kualiti produk buatan Malaysia, membantu perniagaan tempatan mengembangkan pasaran mereka dan memacu ekonomi negara.

Print Email