Inisiatif Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna

Pelaksanaan Corruption Risk Management.

KPDNHEP dalam usaha membanteras gejala rasuah telah melaksanakan sistem pengurusan risiko rasuah (corruption risk management).

KPDNHEP-Laman Rasmi merupakan antara kementerian terawal menyambut Pelan Antirasuah Nasional (NACP) yang dilancarkan oleh Perdana Menteri pada Januari 2019 dan melaksanakan Corruption Risk Management System.

Sistem ini memastikan wujudnya satu mekanisme pemantauan secara berkala untuk memastikan pegawai dan kakitangan kementerian tidak terlibat dalam sebarang unsur dan salah laku rasuah.

Seramai 11 pegawai Penguatkuasa Nforceteam Kpdnhep juga telah diberikan Sijil Penghargaan Khas di atas tindakan menolak rasuah ketika menjalankan tugas. Anugerah disampaikan pada 28 November 2018.

Print Email