Inisiatif Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna

Pengiktirafan Sebagai Kementerian Paling Kerap Mengadakan Libat Urus Bersama Industri.

KPDNHEP telah mencatatkan bilangan engagement tertinggi bersama industri sebelum memperkenalkan sesuatu rang undang-undang atau peraturan baharu.

Kementerian telah mendapat pengiktirafan daripada Malaysian Productivity Centre (MPC) dalam pelaksanaan Amalan Baik Peraturan (Good Regulatory Practice) bagi tiga anugerah berikut:

  • Pengiktirafan kementerian dalam melaksanakan Dasar Pembangunan Peraturan Negara;
  • Pengiktirafan kementerian dalam melaksanakan proses Regulatory Impact Analysis (RIA); dan
  • Pengiktirafan kepada Penyelaras Peraturan Kementerian atas penglibatan aktif.

KPDNHEP-Laman Rasmi akan memperbanyakkan sesi libat urus bersama industri dan para pemegang taruh bagi mencapai keputusan dasar yang tepat.

Print Email