Inisiatif Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna

Mengeluarkan Keputusan Cadangan Penalti terhadap Kes Tipuan Bida Yang Pertama di Malaysia

Penipuan bida berlaku apabila dua atau lebih pembida dalam sesuatu tender bersepakat menganggu proses persaingan yang adil dan saksama. Amalan ini merupakan satu bentuk pelanggaran yang serius di bawah Akta Persaingan 2010.

Jika amalan tipuan bida tidak dibendung, peniaga tidak beretika akan mengaut keuntungan atas angin dan menyebabkan pembaziran dana awam yang besar. Semasa pentadbiran kerajaan dahulu, terdapat kes dalam laporan Ketua Audit Negara di mana laptop dibeli dengan harga RM 40,000 seunit dan pemutar screw RM 60 sebiji.

Pada 5 Mac 2019, dilaporkan The Malaysia Competition Commission(MyCC) telah mengenakan penalti berjumlah RM1.94 juta kepada lapan syarikat yang didapati terbabit dengan aktiviti tipuan bida melalui tender yang ditawarkan Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara).

Siasatan terhadap syarikat berkenaan mendapati mereka bersepakat berkongsi tender, saling menyediakan dokumen serta memanipulasi harga dalam tender dan pemenang tender juga telah berkongsi keuntungan dengan pembida yang kalah.

Ini hanya kes pertama dan banyak lagi kes dalam siasatan di mana tindakan tegas yang sama akan diambil. Diharapkan usaha MyCC ini akan membantu kerajaan menjimatkan kos perbelanjaan di samping memastikan proses perolehan di Malaysia sentiasa telus.

Print Email