Inisiatif Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna

Memeriksa 549 Ribu Premis dan Membuka 11 Ribu Kertas Siasatan Penguatkuasaan

Sejak Mei 2018, pegawai-pegawai penguatkuasa KPDNHEP telah mempertingkatkan usaha pemantauan serta penguatkuasaan undang-undang pengguna.

Sebanyak 549,475 premis telah diperiksa dan daripadanya sebanyak 11,281 kertas siasatan dibuka di bawah pelbagai akta yang dikuatkuasakan dengan nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM49.04 juta.

Daripada kesemua kes itu, sejumlah 8,264 peniaga telah dikenakan kompaun dan denda dengan nilai sebanyak RM2.07 juta.

Melalui 2,294 ahli Nforceteam Kpdnhep seluruh negara, KPDNHEP-Laman Rasmi akan meneruskan usaha penguatkuasaan bagi melindungi dan menjaga kebajikan pengguna.

Print Email