Inisiatif Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan

Penjenamaan Pemberi Pinjam Wang (PPW)

  • Kredit Komuniti merupakan nama baharu bagi pemberi pinjam wang (PPW) yang telah dijenamakan semula hasil cetusan idea YB Menteri KPKT sendiri.
  • Usaha penjenamaan semula ini bukan sahaja melibatkan perubahan dari segi nama PPW namun turut melibatkan perubahan dari segi imej, etika perkhidmatan perniagaan dan juga proses untuk mendapatkan lesen perniagaan sebagai pemberi pinjaman wang berlesen. Penjenamaan semula kepada nama Kredit Komuniti akan memberi satu perspektif positif yang lebih mesra dan dekat dengan masyarakat sekaligus dapat mengikis pandangan dan persepsi buruk orang awam yang sering mengaitkan PPW berlesen ini dengan pelbagai label negatif seperti lintah darat, loan shark, terlibat dengan aktiviti kongsi gelap, sindiket gelap dan sebagainya.

Print Email