Soalan Lazim

Indeks Artikel

1. Tahukah anda sejarah awal penubuhan Jabatan Penerangan Malaysia?

Sejarah penubuhan Jabatan Penerangan dikatakan bermula dari tarikh penubuhan Jabatan Publisiti dan Percetakan ( Department of Publicity and Printing ) pada bulan September 1945. Jabatan ini disusun semula untuk disesuaikan dengan pentadbiran sivil mulai 1 April 1946 dan diberi nama baru iaitu Jabatan Perhubungan Raya (Department of Public Relations). Pada tahun 1950 nama itu ditukar kepada Jabatan Penerangan dengan tugas-tugas yang tersusun dan diperluaskan lagi. Jabatan ini diletakkan di bawah Kementerian Penerangan Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 1961.


2. Apakah visi Jabatan Penerangan Malaysia dalam melahirkan masyarakat Malaysia yang mempunyai semangat jati diri dan cintakan negara?

Visi Jabatan Penerangan Malaysia ialah menjadi peneraju utama dan teras dalam menjayakan gagasan 1Malaysia dan pembinaan negara bangsa berteraskan Rukun Negara.


3. Apakah misi Jabatan Penerangan Malaysia dalam melahirkan masyarakat Malaysia yang mempunyai semangat jati diri dan cintakan negara?

Misinya Jabatan Penerangan Malaysia ialah menterjemah dan memasarkan dasar dan agenda negara supaya difahami, disokong, dihayati dan dibudayakan oleh seluruh rakyat melalui program penerangan.


4. Apakah fungsi utama Jabatan Penerangan Malaysia kepada masyarakat?

Antara fungsi utama Jabatan Penerangan Malaysia kepada masyarakat ialah memberi penerangan dan penjelasan berkaitan dasar-dasar, falsafah dan wawasan negara; dan membina, mengukuh dan memperluaskan jaringan komunikasi yang menyeluruh dan berkesan dalam menguruskan maklumat strategik; menyediakan khidmat kepakaran dan penerbitan bahan-bahan maklumat serta komunikasi visual.


 5. Sebutkan tiga Piagam Pelanggan Jabatan?

a. Memberi perkhidmatan penerangan yang berkualiti, tepat, semasa dan mudah difahami dalam masa 14 hari;
b. Menyediakan laporan maklum balas yang objektif, tepat, semasa dan terkini dalam tempoh 7 hari daripada isu berbangkit;
c. Memberi khidmat perhubungan awam yang profesional dan berkesan;


6. Nyatakan 10 bahagian di Jabatan Penerangan Malaysia?

  • Bahagian Gerak Saraf Dan Pengurusan Isu
  • Bahagian Khidmat Pengurusan Dan Kewangan
  • Bahagian Komunikasi Visual Dan Seni Reka
  • Bahagian Media Dan Komunikasi Korporat
  • Bahagian Penerbitan Dasar Negara
  • Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
  • Bahagian Perancangan Strategik Dan Penyelidikan
  • Bahagian Perkhidmatan Komunikasi Dan Perhubungan Masyarakat
  • Bahagian Teknologi Maklumat
  • Cawangan Perhubungan Antarabangsa

7. Apakah matlamat Program Pertandingan Pengisahan Kenegaraan anjuran Jabatan PeneranganMalaysia?

Pertandingan yang dianjurkan Jabatan Penerangan Malaysia yang bertujuan untuk memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk melahirkan pendapat, pandangan dalam bentuk seni dan budaya masyarakat Malaysia ialah Pertandingan Pengisahan Kenegaraan.

Satu pertandingan yang mempunyai matlamat yang jitu untuk mempertingkatkan kesedaran dan kefahaman rakyat melalui kebolehan peserta bercerita berdasarkan skrip dengan menggunakan kaedah-kaedah komunikasi bersemuka. Peserta-peserta juga akan dibenarkan menggunakan alat bantuan media seperti komputer, muzik, visual, teknik lampu dan lain-lain untuk menarik minat penonton.


 8. Apakah fungsi PENTARAMA?

Fungsi PENTARAMA ialah menyampaikan maklumat rasmi kerajaan secara bersemuka kepada pelbagai peringkat masyarakat melalui hiburan pentas.
Memberi pendidikan tidak formal kepada sasaran dalam membentuk sikap positif supaya masyarakat menyokong dasar dan aktiviti kerajaan.


9. Adakah anda tahu mengenai Pusat Maklumat Rakyat (PMR) dan jelaskan?

Pusat Maklumat Rakyat merupakan bank data maklumat serta pusat rujukan oleh orang awam, agensi-agensi kerajaan di lain-lain peringkat iaitu tempatan, negeri dan negara. Ianya terdapat di Pejabat Penerangan Daerah di seluruh negara.

Pusat Maklumat Rakyat juga bersedia memberikan maklumat tepat mengenai fungsi jabatan dan agensi-agensi kerajaan lain kepada rakyat. Manakala Pegawai Penerangan di PMR bukan hanya berperanan memberikan maklumat mengenai dasar-dasar kerajaan tetapi mempunyai tugas tambahan iaitu menyediakan maklumat-maklumat kepada orang ramai melalui perkhidmatan kaunter, online dan sebagainya, menyediakan pusat rujukan yang memuaskan kepada pelanggan, menyediakan kemudahan rujukan secara elektronik dan konvensional kepada pelanggan, menerima aduan orang ramai dan merujukkan aduan tersebut kepada pihak yang berkaitan serta melayani pertanyaan pelanggan dengan menyediakan maklumat yang tepat dan terkini.


10. Adakah anda mengetahui tanggungjawab Komuniti 1Malaysia?

Tanggungjawab Komuniti 1Malaysia adalah menjalankan aktiviti kemasyarakatan, pendidikan, ekonomi dan kenegaraan melalui satu kumpulan pemimpin akar umbi sebagai penggerak masyarakat melalui penyebaran maklumat serta mengekalkan keyakinan masyarakat terhadap kepimpinan kerajaan dan negara serta memupuk dan mengekalkan perpaduan dalam masyarakat sebagai asas kekuatan dan kestabilan politik, sosial dan ekonomi negara.


 11. Bagaimana kami ingin membeli foto-foto yang terdapat di Jabatan Penerangan?

Koleksi foto-foto boleh ditempah di Pusat Sumber dan Fotografi, Aras 9, Kompleks Kementerian Komunikasi dan Multimedia, No 49 Persiaran Perdana, Presint 4, Pusat Pertadbiran Kerajaan Persekutuan, 62100 Putrajaya.


12. Berapa harga foto-foto tersebut?

Harga foto-foto tersebut seperti yang telah dipersetujui oleh Pengurusan Tertinggi jabatan ialah RM30 untuk satu imej, manakala untuk harga luar negara adalah USD40. Walau bagaimanapun begitu ketetapan harga ini masih diperingkat kelulusan oleh pihak Perbendaharaan Malaysia.


13. Bolehkah kami membeli foto-foto secara online?

Pada masa sekarang pihak Jabatan dan BERNAMA sedang berbincang mengenai kaedah pembayaran. Sekiranya iFoto dilancarkan sepenuhnya kami mensasarkan pihak pengguna dapat membuat pembelian secara online.


14. Dimanakah kami boleh memperoleh maklumat-maklumat mengenai kenegaraan?

Maklumat-maklumat kenegaraan boleh juga diperolehi melalui sistem ifoto kerana di dalamnya terdapat koleksi foto-foto dalam pelbagai peristiwa contohnya kemerdekaan , tokoh-tokoh dan sebagainya.


15. Bagaimana cara untuk menghubungi Jabatan Penerangan?


Hubungi :

WEBMASTER
Aras 5, 8 -16 dan 18, Kompleks Kementerian Komunikasi dan Multimedia
No. 49, Persiaran Perdana, Presint 4
62100, Putrajaya, Malaysia
Tel : 603-89113440
Faks : 603-89117599
E-mail : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

 

Cetak Emel