Bahagian Gerak Saraf dan Pengurusan Isu

Carta

 

gspi

 

 

Objektif

  • Mewujudkan sistem pemantauan serta amaran awal kepada kerajaan melalui penyediaan maklum balas perisikan yang lengkap, tepat, bersepadu serta berwibawa di peringkat negeri, nasional dan antarabangsa.

  • Mengekal dan meningkatkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan melalui pendekatan komunikasi dengan tumpuan kepada kaedah-kaedah bagi memenangi minda rakyat.

  • Mewujudkan kesedaran dan penghayatan rakyat berbilang kaum yang mantap dan kukuh bagi memupuk nilai-nilai murni, semangat patriotisme dan cintakan negara.

Fungsi

Penumpuan kepada pengurusan isu dan pelaksanaan program gerak saraf perang saraf serta menjadikannya sebagai input dalam perancangan kerajaan.

  1. Melaksanakan Program dan Aktiviti Gerak Saraf

  2. Menyediakan Laporan Sinopsis Isu Mingguan (SIM)

  3. Menjalankan Aktiviti Risikan di lapangan

  4. Membuat Pemantauan dan Menyediakan Laporan Intisari Akhbar Harian (IAH) untuk Sistem E-Berita

  5. Menyediakan Laporan Reaksi Am (LRA)

  6. Menyediakan Laporan Khas (LK)

  7. Menyediakan Laporan Isu Lapangan setiap negeri

Piagam Pelanggan

  1. Menyediakan laporan isu-isu semasa yang objektif, tepat, semasa dan terkini dalam masa tujuh (7) hari bekerja daripada isu berbangkit.

  2. Memastikan intisari akhbar harian dapat diakses oleh pelanggan setiap hari bekerja selepas jam 11.00 pagi.

  3. Menyediakan maklum balas isu semasa yang lengkap, tepat dan bersepadu sebagai sistem amaran awal kepada kerajaan.

  4. Menyediakan laporan isu lapangan sebelum jam 5.00 petang pada setiap hari bekerja untuk perhatian Ketua Jabatan.

  5. Menyediakan "pointers" isu-isu utama untuk rujukan pegawai-pegawai lapangan dalam masa tujuh (7) hari bekerja daripada isu berbangkit.

 

Cetak Emel