Bahagian Khidmat Pengurusan dan Kewangan

Carta Organisasi

 

kpk

 

 

Objektif

  • Mewujudkan khidmat pengurusan yang berkesan bagi menyokong dan menyelaras tindakan dan keputusan-keputusan pihak pengurusan atasan.

  • Menyediakan sistem pentadbiran dan kewangan organisasi yang berkesan bagi menyokong perlaksanaan strategi dan program-program Jabatan.

  • Memastikan perancangan, pembangunan dan pengagihan sumber-sumber utama termasuk kewangan bagi pelaksanaan rangkaian strategi, program dan aktiviti Jabatan dapat dilaksanakan dengan berkesan.

  • Memastikan keberkesanan pentadbiran dan pengurusan aset, logistik termasuk peralatan dan teknologi dapat diurus sebaiknya selaras dengan objektif Jabatan. Di samping pengawalan sepenuhnya ke atas keselamatan warga organisasi termasuk perkara-perkara terperingkat Jabatan selaras dengan dasar dan peraturan-peraturan Perkhidmatan Awam.

Fungsi

  • Menyediakan khidmat sokongan kepada Ibu Pejabat dan Negeri berkaitan kewangan dan pembangunan organisasi yang berkesan.

 Piagam Pelanggan

  1. Menguruskan penerimaan surat rasmi Jabatan dan mengedarkan ke Bahagian / Cawangan dalam tempoh 1 hari selepas diterima daripada pihak luar.

  2. Menguruskan perkhidmatan penghantaran surat rasmi keluar dalam tempoh seperti berikut:
    • Despatch dalam tempoh 2 hari selepas diterima
    • Pos/ Pos Laju dalam tempoh 2 hari selepas diterima dari Bahagian / Cawangan
  3. Memberi perkhidmatan Kaunter Pelanggan dengan mesra, cekap dan berkesan dalam tempoh 5 minit.

  4. Memberikan perkhidmatan layanan telefon dengan cekap, cepat dan berkesan dalam tempoh kurang dari 2 minit selepas panggilan diterima.

  5. Memberi perkhidmatan P.A Sistem/ Alat Siaraya yang bermutu tinggi kepada Jabatan/Kerajaan dan Badan Berkanun dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh permohonan.

  6. Melaksanakan semua urusan bayaran dalam tempoh 14 hari bekerja selepas invois dan bil yang telah lengkap diterima.

  7. Menguruskan perkhidmatan pengangkutan kepada pegawai dan anggota Jabatan dalam tempoh 3 hari selepas menerima tempahan dari Bahagian / Cawangan

 

Cetak Emel