Bahagian Komunikasi Visual dan Senireka

Carta Organisasi

 

kvs

 

 

Objektif

  • Memberi perkhidmatan kepakaran dalam bidang komunikasi visual khususnya pameran, grafik, multimedia, pusat sumber dan fotografi ke arah mencapai objektif Jabatan Penerangan;

  • Memberi khidmat nasihat dan kepakaran dalam bidang komunikasi visual kepada semua agensi kerajaan;

  • Meningkatkan kefahaman masyarakat umum mengenai dasar-dasar kerajaan melalui Pameran Bersepadu yang mengabungkan beberapa aktiviti seperti Peraduan mewarna buku kenegaraan, nyanyian lagu-lagu kenegaraan, persembahan multimedia dan lain-lain aktiviti yang mempunyai impak;

  • Mendokumentasi dan memelihara satu koleksi bahan foto yang terkumpul sejak tahun 1948 di Perpustakaan Foto. Memberi perkhidmatan rujukan dan membuat salinan bahan foto untuk kegunaan di dalam bahan visual Jabatan khususnya dan lain-lain pihak yang memerlukan.

Fungsi

  • Merancang strategi dan program Komunikasi Visual yang berkualiti dan berkesan di dalam dan luar negara;

  • Mereka bentuk dan menerbitkan pelbagai bahan multimedia untuk pameran, penerbitan dan kegunaan laman web;

  • Melaksanakan Liputan Foto Rencana bagi tujuan kempen, penyelidikan dan arkib Jabatan;

  • Menyediakan khidmat senireka yang berkualiti berpandukan kepada falsafah, pemikiran, budaya dan tradisi Negara;

  • Menyediakan dan memberi khidmat kepakaran dalam perolehan dan penggunaan bahan foto serta perkhidmatan pusat sumber komunikasi untuk tujuan rujukan, penyelidikan dan Khazanah Negara;

  • Mengadakan kerjasama strategik dengan Pihak Berkuasa Tempatan dan pengusaha Billboard Digital dan konvensional;

  • Mengadakan program strategik dengan pasaraya dan organisasi swasta bagi menjalankan rancangan penyampaian dasar dan polisi kerajaan.

Piagam Pelanggan

  1. Memberi perkhidmatan komunikasi visual dan senireka yang berkualiti,menarik dan berkesan.

  2. Menghasilkan rekabentuk dan rekaletak mengikut kehendak pelanggan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja.

  3. Memastikan rekabentuk yang disediakan adalah bermaklumat, berkualiti dan mengikut keadaan semasa.

  4. Memberi khidmat kepakaran komunikasi visual dalam konsep pameran, rekabentuk bahan-bahan penerbitan, publisiti luar, fotografi dan multimedia yang bermutu dan menarik.

  5. Menyediakan perkhidmatan liputan fotografi secara profesional untuk acara rasmi kerajaan.

  6. Mengurus dan memproses permohonan dan tempahan foto kepada pelanggan di Perpustakaan Foto dalam tempoh empat (4) hari bekerja.

  7. Menyediakan ruang yang kemas dan selesa serta bahan rujukan yang terkini di Pusat Sumber Jabatan.

  8. Menyediakan perkhidmatan pencarian maklumat dengan lebih sistematik, pantas dan tepat secara atas talian menggunakan sistem iFoto dan

  9. Menyediakan laporan maklum balas tentang aktiviti dan program yang dijalankan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja.

 

Cetak