Bahagian Media dan Komunikasi Korporat

Carta Organisasi

 

mkk baru

 

 

Objektif

  • Mewujudkan perhubungan media yang akrab antara pihak kerajaan dengan media tempatan dan antarabangsa

  • Menyediakan khidmat pengurusan media yang profesional kepada pihak media tempatan dan media antarabangsa

  • Menyediakan khidmat pengurusan komunikasi korporat di peringkat Jabatan

  • Meningkatan keberkesanan kempen melalui penyediaan khidmat nasihat dan perundingan komunikasi korporat kepada pihak kerajaan dan agensi-agensi di bawahnya.

Fungsi

  • Merancang dan melaksanakan aktiviti komunikasi korporat yang strategik untuk Jabatan Penerangan Malaysia.

  • Memberi khidmat nasihat dan perundingan komunikasi korporat untuk agensi-agensi kerajaan.

  • Melaksanakan aktiviti pengukuhan media bagi menjalankan hubungan baik dengan media tempatan dan media antarabangsa

  • Melaksanakan aktiviti pengukuhan media bagi menjalankan hubungan baik dengan media tempatan dan media antarabangsa.

  • Mengeluarkan Kad Perakuan Media rasmi kepada petugas media tempatan dan antarabangsa

  • Membantu pegawai - pegawai perhubungan awam di pelbagai agensi kerajaan untuk meningkatkan tahap profesionalisme dalam bidang perhubungan media.

  • Mengeluarkan Kad Perakuan Media rasmi kepada petugas media tempatan dan antarabangsa.

  • Memastikan pemegang Kad Perakuan Media rasmi mematuhi semua peraturan yang ditetapkan oleh Jabatan Penerangan Malaysia semasa membuat liputan media.

  • Mengurus liputan foto bagi acara-acara rasmi kerajaan.

  • Menyedia dan mengeluarkan Nota Kepada Pengarang, Kenyataan Media dan Siaran Media bagi acara rasmi Kerajaan kepada media tempatan dan antarabangsa (secara on-line).

Strategi

  • Dilaksanakan secara kerjasama strategik di antara agensi kerajaan dan sektor swasta, NGO dan media massa bagi menghasilkan impak yang tinggi dengan peruntukan yang optimum.

  • Peningkatan kompetensi perhubungan awam diperluaskan melalui strategi Training of Trainers (TOT).

Piagam Pelanggan

Kami berjanji menghasilkan kerja-kerja yang berkualiti sebagai sumbangan untuk membina bangsa Malaysia yang bermaklumat,proaktif dan berdaya saing dengan

  1. Mengeluarkan Nota Kepada Pengarang (NE) dalam masa  tiga (3) hari sebelum acara berlangsung.

  2. Mengeluarkan Siaran Media dalam masa dua (2) jam selepas menerima maklumat ;

  3. Mengeluarkan Kad Perakuan Media dalam tempoh tiga (3) hari bekerja ;

  4. Memberi khidmat Perhubungan Awam yang profesional dan berkesan dalam masa yang ditetapkan ;

  5. Memastikan bahan publisiti dan promosi aktiviti Jabatan diedarkan kepada media tiga (3) hari sebelum aktiviti berlangsung ;

  6. Memastikan program dan aktiviti Jabatan mendapat publisiti dan promosi melalui media rasmi kerajaan ;

  7. Menyelaras pengeluaran Pas Khas Media tiga (3) hari sebelum acara rasmi kerajaan berlangsung ;

  8. Memberi maklum balas kepada aduan pelanggan dengan cepat, tepat dan berbudi bahasa dalam tempoh masa berikut :

    1. Surat Akuan dalam tempoh satu (1) hari bekerja ;
    2. Maklum balas awal dalam tempoh tiga (3) hari ; dan
    3. Laporan status aduan awam dalam masa satu (1) bulan (jika berkaitan)

 

Cetak Emel