Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

Carta Organisasi

 

PSM bm

 

 

Objektif

Bahagian ini menyediakan khidmat sokongan kepada bahagian-bahagian di Ibu Pejabat dan negeri-negeri dalam bidang pengurusan dan pembangunan sumber manusia termasuk perkhidmatan pembangunan organisasi, pembangunan sumber manusia, kenaikan pangkat, pengurusan tatatertib serta keperluan latihan.

Fungsi

  • Menyediakan khidmat sokongan kepada Ibu Pejabat dan Negeri berkaitan bidang pengurusan dan sumber manusia

  • Piagam Pelanggan

  1. Merangka modul latihan kursus yang bersistematik dan berkesan dengan memberi penekanan kepada aspek pembangunan diri, penguasaan pengetahuan kemahiran, kreativiti dan inovasi.

  2. Mengenalpasti kebolehan pegawai bagi mengisi jawatan kosong secara pemangkuan atau kenaikan pangkat bagi semua peringkat mengikut kesesuaian Jabatan.

  3. Penyediaan bagi semua jenis Penyata Perubahan Kewangan (Kew.8) dalam masa satu minggu daripada tarikh Surat Kebenaran penyata Perubahan Kewangan (Kew.8) diterima.

  4. Mengemukakan Dokumen- Dokumen Persaraan Lengkap kepada Bahagian Pasca Perkhidmatan, JPA mengikut tempoh masa yang diarahkan.

  5. Menguruskan proses LNPT dengan cekap, cepat dan efisien mengikut pekeliling-pekeliling dan peraturan-peraturan yang ditetapkan.

  6. Memastikan pemakluman kelulusan Perisytiharan Harta pegawai/kakitangan dapat dilakukan dengan cepat dan segera supaya memudahkan urusan kenaikan pangkat, permohonan jawatan baru,temu duga serta menjamin akauntabiliti dan integriti pegawai dan kakitangan jabatan.

  7. Menyediakan kajian perjawatan, penyusunan semula struktur organisasi, permohonan pengukuhan dan penyusunan semula jawatan dalam tempoh tiga bulan dari tarikh ia mula diterima dan diproses.

  8. Melaksanakan naziran perjawatan sekurang-kurangnya dua kali setahun bagi memastikan penggunaan tenaga manusia yang optimum berdasarkan struktur organisasi yang sesuai.

 

Cetak Emel