KOMUNITI HARAPAN MALAYSIA

PENGENALAN

Komuniti Harapan Malaysia (KHM) pada awal penubuhannya dikenali dengan nama K2P iaitu Kumpulan Pendengar dan Penonton pada 21 November 1987 di Tapah, Perak. Ia ditubuhkan dengan tujuan untuk membantu Kementerian Penerangan (nama lama bagi Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia) mendapat maklumbalas daripada masyarakat terhadap rancangan-rancangan Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) di bawah Jabatan Penyiaran Malaysia.

Pada tahun 1989, Kumpulan Utusan Malaysia (M) Bhd telah menyertai gabungan K2P. Nama K2P kemudiannya dijenamakan kepada K3P iaitu singkatan daripada Kumpulan Pendengar, Penonton dan Pembaca.

Mulai 1 Julai 2000, Kementerian Penerangan telah menyerahkan tugas keurusetiaan K3P Kebangsaan kepada Jabatan Penerangan Malaysia.  Nama K3P kemudiannya dijenamakan semula kepada Komuniti Bestari oleh YAB Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia ke-5 di Melaka International Trade Centre (MITC), pada  12 Oktober 2004.

Pada tahun 2010, Mesyuarat Pasca Kabinet Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan telah bersetuju supaya Komuniti Bestari dijenamakan dengan nama Komuniti 1Malaysia. YB Dato’ Seri Dr. Rais Yatim, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan ketika itu telah melancarkan penjenamaan Komuniti 1Malaysia di Dataran Jubli Emas, Limbang, Sarawak, pada 19 Disember 2010.

Selaras dengan pentadbiran kerajaan baharu, Komuniti 1Malaysia dijenamakan semula kepada Komuniti Harapan Malaysia. Penjenamaan baharu ini telah diluluskan oleh YB Tuan Gobind Singh Deo, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan  pada 14 Disember 2018.

OBJEKTIF KOMUNITI HARAPAN MALAYSIA

1.Menjadi Rakan Strategik Jabatan di peringkat akar umbi;

2.Memperkasakan jaringan komunikasi dan kerjasama antara rakyat pelbagai kaum; dan

3.Memasar, meningkatkan kefahaman dan penghayatan dasar-dasar kerajaan.

SLOGAN

“PENGGERAK KOMUNITI BERINFORMASI”

KONSEP

Gerakan sukarela sebagai penghubung komuniti untuk memasarkan maklumat kerajaan dan perpaduan.

VISI

Komuniti Terhubung dan Berinformasi.

MISI

Melahirkan komuniti bermaklumat dan membina jaringan komunikasi sebagai agen perubahan.

TABURAN KOMUNITI HARAPAN MALAYSIA

KHP

 

Cetak