SKETSA RUKUN NEGARA PERINGKAT NEGERI

LATAR BELAKANG

Pertandingan Sketsa Rukun Negara adalah aktiviti komunikasi bersemuka berkonsepkan seni lakonan dan penceritaan. Ia merupakan kaedah pemujukan yang menggabungkan kesemua kaedah komunikasi yang bermatlamatkan membentuk minda masyarakat khususnya dalam kalangan pelajar untuk bersatu padu, meningkatkan semangat patriotik, bestari dan cintakan Negara.

Pertandingan Sketsa Rukun Negara juga dilaksanakan secara tahunan di peringkat negeri melibatkan para pelajar Sekolah Menengah di seluruh Negara. Kelab Malaysiaku ini pula merupakan kegiatan bersepadu secara prkongsian pintar (smart partnership) antara Jabatan Penerangan Malaysia dengan Kementerian Pendidikan Malaysia. Antara aktiviti yang dilaksanakan dibawah Kelab Malaysiaku ini ialah Pertandingan Sketsa Rukun Negara. Sehingga kini, seramai 53,000 pelajar telah didedahkan dengan aktiviti ini sejak ia dimulakan pada tahun 2012.

OBJEKTIF

  • Meningkatkan kefahaman Ahli Kelab Malaysiaku mengenai (5) Prinsip Rukun Negara;
  • Melahirkan semangat patriotism dan cintakan Negara terutamanya dalam kalangan pelajar sekolah
  • Menjadi agen pemasar informasi berintelek di sekolah-sekolah, kawasan-kawasan kampung, taman perumahan di seluruh Negara; dan
  • Mencungkil bakat-bakat seni yang berunsurkan patriotism dalam kalangan pelajar seperti deklamasi sajak, puisi, lakonan teater dan sebagainya.

PENUTUP

Melalui Pertandingan Sketsa Rukun Negara Peringkat Negeri ini, golongan belia akan dapat mengingati, mengamalkan dan menghormati lima (5) prinsip rukun negara seterusnya dapat meningkatkan lagi semangat patriotism dan cintakan Negara dalam kalangan mereka.

Cetak Emel