Transkrip Teks Ucapan YB Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek Menteri Komunikasi Dan Multimedia Sempena Majlis Perasmian Hari Penerangan Kebangsaan Dan Inovasi 2013 Jabatan Penerangan Malaysia

TRANSKRIP

TEKS UCAPAN YB DATO’ SRI AHMAD SHABERY CHEEK

MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA

SEMPENA

MAJLIS PERASMIAN HARI PENERANGAN KEBANGSAAN DAN INOVASI 2013

JABATAN PENERANGAN MALAYSIA

12 DISEMBER 2013

DESARU, KOTA TINGGI, JOHOR

Bismillahhirrahmannirahim

Assalamualaikum wbt., Salam Sejahtera, Salam 1Malaysia

Saudara Saudari Pengacara Majlis,

YB Dato’ Sri Azalina binti Dato’ Othman Said

Ahli Parlimen Pengerang dan juga Ketua UMNO Bahagian Pengerang

Satu-satunya wanita yang menjadi Ketua Bahagian dalam Malaysia,

YB Dato’ Dr. Ir Syed Sis Syed Abdul Rahman

Ahli Dewan Undangan Negeri Johor Kawasan Tanjung Surat,

YBhg. Dato’ Haji Ibrahim bin Abdul Rahman

Ketua Pengarah

Jabatan Penerangan Malaysia,

Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah,

Tuan Haji Hamdan Hasnan

Pengarah Penerangan Negeri Johor,

Saudara saudari anggota warga Jabatan Penerangan yang saya hormati dan kasihi sekalian.

Pertama ingin saya rakamkan ucapan terima kasih kepada Jabatan Penerangan yang sudi mengundang saya dan saya ucap tahniah di atas sambutan Hari Penerangan yang diadakan pada hari ini.

Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada YB Dato’ Sri Azalina kerana banyak-banyak tempat yang diadakan, selalunya Jabatan lain dia akan cari, pilih kawasan Menteri dia, nak ambil hati Menteri. Tapi banyak-banyak tempat yang hendak diambil hati ialah dia ambil hati Dato’ Sri Azalina.

Baru ni dalam Parlimen, Dato’ Sri banyak bercakap pasal Penerangan perlu begini perlu begitu. Saya kata saya tak nak jawab. Kita panggil semua anggota Penerangan. YB Dato’ Sri Azalina cakaplah sendiri pada diaorang. Apa YB cakap, itulah cakap saya. Dan hari ini saya dengar, dia tak cakap apa yang dia sebutkan tapi sebenarnya dia memberi inspirasi yang kuat bahawa Jabatan Penerangan sentiasa di hati beliau.

Malah pada waktu itu saya ingat, ini saya cakap dalam Parlimen, dia kata sekarang ini kadang-kadang bagaimana content kita, drama kita, filem kita, lebih menumpukan pada artis-artis yang cantik, lawa. Lepas itu ada orang teriak, “YB pun lawa”. Sampai waktu saya menjawab, saya kata, “YB minta maaf”. Saya kata “YB tidak lawa, tapi sangat lawa”. Itu ucapan dalam Parlimen rekod, saya katakan.

Bahawa sebenarnya, saya katakan cantik, lawa orang itu ialah lawa dihatinya. Kalau didalamnya lawa, akan terkeluarlah kecantikan dia. Sebab itu, kadang-kadang orang itu kita nampak biasa-biasa sahaja. Semakin lama kita mengenali dia, semakin lama kita mendengarnya, kecantikan seseorang itu, kehebatan seseorang itu akan terzahir dan menjadikan kita tertawan dan mengikut dia. Dan saya katakan bahawa, antara orang yang mempunyai pengikut, yang mempunyai kekuatan diri yang kuat, saya selalu katakan inilah Dato’ Sri Azalina kita.

Saya lihat bahawa dalam sejarah politik beliau, dalam usia yang muda bertarung di kalangan ramai champion-champion / juara-juara politik dalam negara kita. Beliau menonjol dalam masa yang begitu singkat. Walaupun ada dikatakan jatuh bangun jadi Menteri, tak jadi Menteri, bagi saya itu tidak penting. Saya sendiri pun sentiasa bersedia untuk tidak jadi Menteri pada bila-bila masa kerana bagi saya itu hanyalah satu posisi. Kalau dalam permainan bola sepak, permainan yang baik bagaimanapun, sama ada Rooney, Messi, ada waktunya Manager ataupun Pengurus kata, “You are good”. Tapi ada waktunya, “Please stay at the batch”; duduk dikerusi reserved buat sementara waktu. Tetapi orang tahu bahawa dia adalah antara pemain yang terbaik. Suatu masa nanti dia akan kembali menjadi penyerang yang dikehendaki.

Ini orang politik. dia mesti bersedia dan tidak boleh membuat perancangan yang lebih-lebih dalam soal kehidupan dia. Dan yang menjadi penguji kepada seseorang itu ialah sejauhmanakah apabila kedudukannya, sokongannya, pengaruhnya itu tidak bergantung kepada posisi yang diperolehi. Ada orang itu naik tinggi, hilang pengaruh kerana hilang posisinya. Saya sebutkan ada beberapa orang. Saya tak perlu sebut nanti mungkin kecil hati sebab zaman sekarang ini orang ambil gambar keluar Youtube dan sebagainya nanti. Hari ini dia mendapat jawatan Menteri, dia terus disanjung menjadi Ketua Bahagian, menjadi apa kedudukan dalam parti, sampai ke peringkat hampir yang tertinggi dalam parti. Tetapi esok sahaja, dia tidak ada jawatan tersebut. Mendapat pencalonan di peringkat Bahagian pun susah kerana orang melihat sokongan dia pada kedudukannya. Tetapi Dato’ Sri Azalina beberapa kali dia bertanding, menang tanpa bertanding, ataupun baru ini menang dengan kemenangan macam tidak ada orang yang bertanding dengan beliau kerana hati rakyat tetap lekat pada beliau with or without position. Ini perkara yang perlu dipelajari dalam soal ini. Dan saya bercakap bukan kerana beliau berada di depan saya. Tetapi walaupun dia dianggap ‘adik’, tetapi ‘adik’ jangan dikata ‘kecil’, ‘adik’ jangan dikata ‘muda’, tetapi orang yang mencetuskan idea pergerakan Puteri UMNO. Inilah dia yang menjadi tulang belakang kepada kekuatan parti kita selama ini.

Sebab itu, bagi kita sebagai suatu organisasi, kadangkalanya kita perlu mencontohi apa yang disebutkan the best practice, apa yang terbaik sama ada yang terbaik itu dibuat oleh negara lain, dibuat oleh organisasi lain, dibuat oleh individu lain. Ini adalah merupakan satu kaedah yang paling mudah untuk kita memperbaiki diri kita dan merancang apa yang kita buat.

Just take example, what is the best practice? Apakah yang terbaik yang dibuat oleh orang lain yang menjadikan suatu panduan untuk kita? Selalu saya katakan bahawa bagaimana saya misalnya, yang tidak ada latar belakang dalam bidang Penerangan, tidak ada latar belakang dalam bidang media. Saya tidak belajar dalam bidang komunikasi dan sebagainya. Saya tidak belajar tentang telekomunikasi misalnya, kerana apabila berada di dalam Kementerian ini, satu perkara yang menjadi cabaran yang terbesar pada saya kalau berbanding waktu sekejap saya dalam Kementerian Penerangan dahulu ialah satu bidang besar dalam bidang ini ialah berkaitan dengan soal satunya memahami industri komunikasi yang begitu kompleks sekali. Bagaimana internet, bagaimana broadband, bagaimana kita katakan bahawa sistem kita bercakap di sini, di sana boleh dengar. Kita meng‘google’ di sini, di sana terus datang dalam masa yang singkat. Apakah mengguna satelit? Berapa megabit yang diperlukan untuk kita dianggap selesa? Apakah tuntutan data yang perlu dipakai? Bagaimana sistem kita berkomunikasi menggunakan infrastruktur fiber optic / gentian optik yang dikatakan yang dipasang sepanjang 10ribu kilometer nak sampai ke Jepun, dan kabelnya dipasang disambung lagi ke Amerika Syarikat, entah berapa puluh ribu kilometer, yang mempunyai suatu sistem yang begitu kompleks.

Tak mungkin saya dapat pelajari semua ini kalau ianya menuntut kepada keperluan kita untuk belajar dan belajar. Dan pelajaran yang terbaik ialah untuk melihat apakah best practice, apa yang terbaik yang dibuat oleh orang lain dalam menjadikan ia lebih baik daripada kita. Sebab itulah pada satu ketika dahulu, Jabatan Penerangan ini dianggap sebagai Jabatan yang menjadi ikutan orang ramai. Yang menjadi suatu Jabatan yang dianggap paling strategik dan tak kurang pentingnya dengan polis, tentera yang menjadi salah satu daripada benteng barisan hadapan dalam mempertahankan negara.

Sebelum berperang, kita kena mengkondisikan dahulu pemikiran orang bahawa kita perlu pertahankan negara ini. Apabila kita diancam oleh ideologi komunisme, sebelum kita berperang dengan komunis itu, kenapa kita kena beritahu bahawa komunis itu tidak baik, komunis itu tidak sesuai, komunis itu bertentangan dengan falsafah, budaya dan kehidupan kita, sebelum tentera pergi masuk ke hutan untuk memburu setiap saki baki komunis yang ada dalam negara kita?. Jadi untuk menjustifikasikannya, kita perlu peperangan mental dan bersedia berhadapan dengan kekuatan serangan mental yang dibawa oleh orang lain.

Sebab itu dahulunya, selalu dikatakan bahawa di dalam sesuatu masyarakat, saya sebut beberapa kali, sehingga orang saya kata di kawasan saya kalau diaorang tanya, “Kenal din? Din mana? Din Penerangan”. Sampai dia dah tak bekerja pun, namanya dikaitkan dengan nama Penerangan. Saya percaya, Dato’ Othman dahulu dikenal sebagai Ketua Pengarah Penerangan, sampai ke sudah orang kata “Dato’ Othman mana? Dato’ Othman Penerangan”. Setiap kampung kita dikenali seseorang itu namanya sebagai orang yang dikaitkan dengan Penerangan kerana ia menjadi seorang yang paling strategik di dalam kawasan, di dalam daerah mereka, sebab pentingnya kerja-kerja Penerangan itu.    

Tetapi sekarang ini, orang semakin lama semakin orang tak berapa kenal. Ini observasi saya dan rakan-rakan saya. Siapakah dia Ketua Jabatan Penerangan Daerah Dungun? Kalau dahulu Ketua Jabatan Penerangan Daerah Dungun dikenali di Kuantan, Jabatan Penerangan Pontian mungkin dikenali sampai ke Johor Bahru. Sekarang kurang dikenali. Kenapa demikian? Mungkin dahulunya tak ramai posisi orang Melayu ni, dia tak jadi doktor, dia tak jadi engineer. Menjadi anggota jabatan kerajaan itu adalah merupakan suatu yang penting, maka ia diingati.

Tetapi yang keduanya ialah kerana dikatakan dalam zaman sekarang informasi ataupun maklumat semakin lama semakin tidak boleh dimonopolikan oleh suatu pihak. Ia semakin tersebar dan pengetahuannya semakin dikatakan disentralisasikan. Dahulunya berpusat. Government knows everything. Satu persepsi saya buat bahawa, “Apa yang Kerajaan buat, Kerajaan tahulah”. Kenapa Kerajaan buat? Pusat kepada apa yang disebutkan, kalau sekarang ni rapid yang menjadi pusat kepada pembangunan, ataupun pertumbuhan industri oil and gas / minyak dan gas. Kalau apa yang dibuat oleh Kerajaan, keputusan Petronas untuk menjadikan Bandar Penawar di kawasan Pengerang ini kepada pusat pertumbuhan industri oil and gas, itu saya rasakan bagaimana Kerteh di kawasan saya di Kemaman, kira-kira 35 tahun yang lalu, itu tahun 1975, sekarang tahun 2013, sudah memasuki lebih 35, hampir 40 tahun.

Dahulu kita beritahu bahawa Kerajaan buat ini, kosongkanlah tempat ini, kerana Kerajaan tahu apa yang dibuat mestilah yang terbaik dan orang marah kalau ianya tak jadi. Dan saya ingat pada waktu itu, Dewan Undangan Negeri di Terengganu bersidang sehingga jam 2.00 pagi, akhirnya membuat keputusan kalaulah di Terengganu, Petronas tidak jadikan Kerteh itu sebagai Kerteh sekarang, mereka berpakat untuk letak jawatan ramai-ramai Ahli Parlimen Barisan Nasional. Jangan pindah. Pada waktu itu cadangan nak dibuat di Melaka. Ambil minyak di Terengganu, tetapi prosesnya di Melaka. Orang Terengganu kata ‘no’. Di mana nak buat? Buat di Kemaman, di kawasan saya. Di mana? Di Kerteh. Di mana, tempat ni semua di tepi pantai tu kan semua ada nelayan yang duduk. Tak apa, kami uruskan nelayan, kami boleh pindahkan. Kami boleh tukar bukan berpuluh tetapi beberapa kampung, saya ingat lebih daripada 10 kampung. Kampung dimusnahkan; Kampung Teluk Kalong, Kampung Kerteh itu sendiri dirombak. Penduduk diberikan penempatan semula. Rakyat menerimanya kerana rakyat menganggap bahawa Kerajaan tahu apa yang dibuat. Kerana Kerajaan tahu apa yang dirancangkan. Kerana Kerajaan tahu apakah hasilnya.

Tetapi sekarang, orang semakin mengatakan bahawa dia lebih tahu daripada Kerajaan. Dan Kerajaan menerima hakikat bahawa monopoly of information bukan lagi milik mutlak Kerajaan. Dulu apa yang dikatakan oleh RTM, orang akan terimanya kerana orang mendengar RTM, orang menonton RTM. Sekarang ini, orang sudah tidak lagi menjadikan RTM pilihan utama kerana ia hanyalah satu daripada berpuluh-puluh saluran, beratus saluran yang ada dalam negara dunia sekarang ini.

Malahan pada hari ini, apa yang ada puluhan channel ataupun saluran adalah sebahagian daripada pelbagai saluran-saluran lain yang diperolehi melalui media baharu. Melalui social media, setiap orang boleh menjadi penerbit, boleh jadi pengedar, boleh menjadi penyiar dengan cara yang mudah melalui social media; melalui Facebook, melalui Whatsapp, melalui Twitter dan pelbagai yang ada yang lain.

Kita berada dalam era baru sekarang ini. Sebab itulah, Kerajaan sudah melihat bahawa suatu Kementerian yang dianggap menjadi CIO kepada suatu Kerajaan, zaman itu sudah berakhir. Ia bermula dengan tahun ini apabila Kementerian Penerangan sudah tidak diadakan. Tahun ini, selepas pilihanraya yang lalu, sudah tidak ada lagi Kementerian yang bernama Kementerian Penerangan. Dulu, Kementerian Penerangan dianggap Kementerian yang paling strategik. Siapa jadi Setiausaha Agong UMNO, dia mesti pegang Kementerian Penerangan. Dato’ Mohamed Rahmat, Dato’ Khalil Yaakob, ini adalah orang yang paling strategik dalam parti, dia mesti jadi Menteri Penerangan. Kerana dahulu dianggap bahawa ini adalah pusat segala-galanya untuk menerangkan dasar Kerajaan; Dasar Ekonomi Baru, Rancangan Malaysia Kelima/Keenam/Ketujuh. Bagaimana kita mengendalikan soal menghapuskan kemiskinan, soal bagaimana menguruskan konflik kaum dalam negara kita. Itu dia kita kena tengok dalam RTM. Tetapi sekarang berbeza. Kementerian Penerangan dikembangkan, dicampur-campur dengan yang lain. Sekarang ini nama Kementerian Penerangan itu sudah tidak ada. Sebab dahulu, satu CIO / Chief Information Officer untuk seluruh Kerajaan diletakkan pada satu Kementerian.

Akhirnya orang melihat bahawa, dalam dunia sekarang, the subject matter ataupun perkara yang nak diterangkan adalah menjadi terlalu kompleks. Siapa di sini yang boleh bercakap tentang TPPA (Trans-Pacific Partnership Agreement)? Tapi TPPA menjadi isu besar. Siapa di sini yang boleh jadi the champion, kata saya expert dalam GST? Tolong angkat tangan. Boleh pergi berdebat dengan Tony Puah ke, dengan Rafizi ke, dengan Lim Kit Siang ke, bagi saya untuk pergi ke bawah. Siapa di sini yang boleh bercakap tentang soal itu? Siapa di sini menjadi expert dalam rapid? Bagaimana untuk menghuraikan kesan jangka pendek dan jangka panjangnya? Bukan sahaja untuk menguruskan penduduk yang nak dipindahkan di sini, tetapi yang paling besar cabaran saya di Kemaman misalnya, saya tidak ada masalah dengan penduduk yang diberikan penempatan semula. Masalah saya, orang yang datang mendapat nikmat daripada pembangunan di Kerteh, di kalangan dikatakan intelligentsia; golongan cerdik pandai di kalangan engineers, di kalangan accountants, yang dapat tempat yang lebih baik, rumah yang lebih indah, lebih indah daripada rumah Ahli Parlimennya di situ. Mereka katakan mereka lebih pandai daripada yang ada dan mereka tidak menyokong Kerajaan. Untuk menguruskannya, siapa ya?

Sebab itulah akhirnya, Kerajaan sudah mengatakan setiap Kementerian mesti mempunyai Jabatan Penerangan ataupun dikatakan Bahagian Pengurusan Komunikasi Korporatnya. Dia ada CIO nya; Chief Information Officer of every Kementerian dan Jabatan. Tugas kalau ini berkaitan dengan soal JE, please, Kementerian yang berkenaan kesihatan, kamu kena membuat perancangan komunikasi kamu sendiri. Kalau treasury memutuskan untuk memperkenalkan GST, jangan tunggu Jabatan Penerangan nak terangkan ke bawah, kamu sendiri kena terangkan kerana kamu mempunyai pengetahuan dalam subject matter ini. JKR nak naikkan tol, tolong beritahu pada kami, apakah perancangan strategik kamu? Tentang tol, apakah Kerajaan kena terangkan ataupun concessionaire; orang yang syarikat yang mendapat konsesi itu kena terangkan? Kalau Kerajaan nak naikkan tarif elektrik, apakah Kerajaan ataupun TNB kena terangkan? Kamu nak dapat untung, kita yang kena parah.

Jadi, akhirnya dikatakan setiap Kementerian, setiap Jabatan itu memerlukan kekuatan kepada jentera penerangan masing-masing untuk menerangkan tentang apa yang berlaku pada diri mereka. Akhirnya persoalannya, kalaulah setiap Jabatan, setiap Kementerian, sudah mempunyai CIOnya yang tersendiri, sudah mempunyai badannya sendiri yang mengendalikan soal bagaimana untuk menerangkan tindak tanduknya, mempertahankan dirinya untuk ketika diserang, apakah relevannya 3,000 orang anggota penerangan yang ada?

Ya, saya dimaklumkan daripada 3,000, 1,000 lebih dah ditempatkan ada di kedutaan Indonesia. “Ni orang mana? Daripada Jabatan Penerangan”. Ada ditempatkan di Kementerian Belia dan Sukan, dia ni dipinjamkan di sana. Ada duduk dalam Kementerian Kesihatan, ini dipinjamkan daripada Jabatan Penerangan. Tapi tanya orang di sana, kemudian dikatakan bahawa apakah orang yang dipinjamkan itu boleh menguruskan soal penerangan maklumat dengan efektif atau tidak sehingga kita sangat memerlukan dan akhirnya ada tidak di dalam Kementerian terpaksa engaged, terpaksa mengambil consultant-consultant lain kerana dikatakan bahawa apa yang disalurkan oleh Jabatan Penerangan ini tidak mencukupi, tidak ada kemampuan untuk menguruskan Blog, untuk menguruskan media sosial, untuk menguruskan Facebook, kerana mereka sendiri tidak faham Facebook.

Ini adalah cabaran kepada kita tentang persoalan yang akan timbul dalam masa yang terdekat. Dengan bajet sebanyak RM150 juta diberikan oleh Jabatan Penerangan ini, apakah Jabatan ini relevan dan mempunyai kemampuan untuk menguruskan soal penerangan ini. Ini saya kena bertanggungjawab.

Apakah orang kata, banyak serangan pada Kerajaan sekarang ini kepada Kerajaan tak terjawab oleh 3,000 orang kakitangan Jabatan Penerangan dengan bajet sebanyak RM150juta yang sebahagiannya digunakan untuk membayar gaji kakitangan, untuk menahan serangan yang bertalu-talu. Macamana saya mahu menjawab? Kerana bagi mereka mengatakan bahawa lets spend RM100 million try to get the best consultant yang akan dengan dia punya media plannya, social media plannya yang mencari pakar-pakar yang menggunakan software yang terbaik untuk menilai. Apabila dikatakan satu strategi timbul, berapa kalikah perkara ini disebut-disebut di dalam social media hari ini? Selain disebut, ianya sampai kepada pemikiran anak muda. Anak muda yang berumur berapa tahun? Di mana duduknya? Apakah reaksinya? Dimanakah kalau dikatakan isu ini sampai ke peringkat hijau, peringkat jingga, peringkat merah, yang akan boleh meruntuhkan sebuah Kerajaan?. Siapa yang boleh menjawab semua ini?

Sebab itu, perkataan ini adalah satu cabaran pada kita. Relevan atau tidaknya Kementerian ini, Jabatan ini, kalau Kementerian tadi dah dihilangkan, relevan atau tidaknya Jabatan ini akhirnya bergantung kepada satu perkataan; apakah Jabatan ini ialah Jabatan indispensable ataupun tidak.

Perkataan indispensable maknanya lawan kepada perkataan dispensableIndispensable ini maknanya benda yang boleh dipakai buang. Dulu kalau kita nak lap-lap muka ni, kita ada sapu tangan. Sekarang orang pakai tisu. Banyak orang menjadi tissue paper kerana maklumlah lepas orang pakai kita, orang buang. Nasib ahli politik pun banyak kena pakai buang. Kadang-kadang orang dah lupa dah. Bila pembangkang, kalau boleh dia nak tawan Putrajaya, dia lupa Dr. Mahathir. Apa yang dibuat oleh jasa-jasa orang yang lalu, ya kita ingat sekejap, kita pakai dan buang. Sekarang ini tuala wanita, lampin kanak-kanak dulu kita boleh pakai, cuci, pakai balik. Sekarang ini sudah dianggap bahawa kita lebih mudah pakai, kita pakai sekali, buang.

Ini persoalannya. Sejauhmanakah Jabatan ini indispensable? Tak boleh untuk dipakai buang kerana kita memerlukan mereka. Ini adalah merupakan persoalan yang perlu kita sendiri duduk di sini, kita berbincang dan kita jawab.

Saya tahu bahawa 3,000 orang anggota Jabatan Penerangan ini adalah merupakan suatu keluarga yang besar, suatu keluarga yang erat, suatu keluarga yang saling kenal-mengenali dan rapat antara satu sama lain. Tetapi cabaran besar bagaimana orang melihat bahawa keluarga ini adalah penting. Kita memerlukannya. Sebab itulah Dato’ Ibrahim kita hantar belajar satu bulan setengah, mesti mengubah bahawa Jabatan ini bukan Jabatan pakai buang, tetapi kita ingin pakai dahulu, kini dan selama-lamanya.

Kalau orang kata sedapla dia pergi ke Perancis. Saya kata kalau saya, saya tak nak pergi sebab cabaran lepas ni cukup besar. Sebab bila dikatakan bahawa apa yang dimaksudkan ‘inovasi’, apa yang disebutkan ‘kreativiti’, bukannya kita boleh buat, minta bajet baru. No, that’s not creative.Kreatif menggunakan benda yang sama yang dahulunya orang menganggap tidak guna tetapi menjadikannya berguna dan bernilai tinggi - itu kreatif. Kayu buruk digilap-gilap boleh jual, yang tak boleh takda harga boleh jadi harga, itu kreatif. Orang yang biasa-biasa sahaja tetapi diasuh dia, dia boleh jadi pelakon, boleh jadi penyanyi, dia boleh jadi pelawak, nilainya begitu besar - itu kreatif.

Bagaimana perkara yang sepatutnya menjadi perkara yang negatif tetapi menjadi positif dan memberi impak yang besar?. Misalnya, waktu Pilihan Raya Presiden Amerika yang baru-baru ni tahun 2012, waktu Obama tengah sibuk berkempen, tiba-tiba datang taufan ‘Sandy’ (Hurricane Sandy) yang melanda kawasan belah Timur Atlantik. Waktu itu tengah berkempen. Waktu itu dia tengah keadaan 50-50. Dan pada waktu yang kritikal dia patut pergi berkempen suatu tempat, Obama membuat keputusan “Saya tidak mahu berkempen. Saya nak jaga mangsa taufan Sandy”. Dan dengan sistem penerangan dia, kempen media plan dia yang menunjukkan macam mana dia bersusah payah, dia memikirkan bagaimana untuk mengutip dana, bagaimana untuk mengurangkan kemiskinan, bagaimana dia menunjukkan hati dia bersama dengan jiwa mereka yang menjadi mangsa, akhirnya berubah kerana pelan media kempennya. Yang negatif menjadi positif.

Sebab itu saya bertanya kepada rakan-rakan dalam penerangan, misalnya minggu lepas kita diserang dengan banjir besar di Kuantan. Di Kemaman kebetulan kawasan saya, saya beritahu kepada rakan-rakan penerangan, saya tidak memberi apa-apa arahan kerana saya tidak mahu ditafsirkan kerana ini kawasan-kawasan Menteri, maka semua orang Kementerian saya datang tolong saya. Tetapi saya nak lihat betapa kreatifnya satu organisasi penerangan untuk menjadikan bahawa banjir itu adalah merupakan peluang, bukannya menjadi suatu bebanan kepada mereka untuk menunjukkan betapa efektifnya government sebab saya selalu berikan prinsip-prinsip asas sebelum ini.

Kalau dahulu orang masih ingat, waktu saya sekejap jadi Menteri Penerangan, saya tubuhkan ‘Unit Bencana’ di dalam RTM supaya prepare untuk membuat live untuk bersama dengan helikopter, tentera, bomba, polis untuk tunjukkan bahawa Kerajaan ini Kerajaan yang efektif, sistem berjalan. Bagaimana untuk menguruskan bencana? Kerana kita belanja RM100.00 hari ini kepada orang, mungkin dia terima. Tetapi pada waktu di dalam kesempitan, satu air botol lebih bermakna daripada RM100.00 yang kita beri pada waktu aman. Satu air botol. Saya masih ingat, saya pergi ke satu tempat yang terkepong selama empat hari. Saya turun dengan helikopter dah tak boleh. Saya cari APPM maritim pinjam turun. Diaorang dah kata, “Kami ni dah tak boleh bertahan lagi. Bekalan yang kami ada sudah abis sebab peruntukan dahulu diberikan tinggal untuk tiga hari, ini masuk hari keempat, nak masuk hari kelima. Air sudah tidak ada lagi. Untuk masak pun, tong gas ini yang terakhir. Kami ada 500 orang / 480 orang di sini. Anak-anak menangis”.

Saya uruskan supaya, tak guna hantar beras, tak guna hantar sardin kerana tidak boleh memasak. Order, telefon tak boleh, tak terpakai lagi kerana elektrik tak ada, sistem kita sudah tidak akan berfungsi dari segi komunikasi sebab pencawang-pencawang menara-menara komunikasi bawah based stationnya semua ditenggelami air. Maka terpaksa beritahu keluar mengatakan bahawa tempat ini perlu dihantar siapkan nasi goreng untuk 200 orang, 300 orang lebih bermakna sebelum bot sampai untuk menghantar bekalan esok. Dan orang kampung berkata bahawa, “Inilah nasi goreng yang paling istimewa dalam kehidupan kami”. Home delivery by helicopter TUDM.

But siapa nak beritahu ini? Sebab itu saya beritahu, minta maaf Datuk Poziah, pada bincang hari tu saya dapat mesej, Jabatan Penerangan bersiap sedia untuk hantar bantal, tilam dan sebagainya untuk membantu mangsa. Saya ucap terima kasih saya kata. Tetapi saya beritahu bahawa this is not what I want. Terima kasih kerana nak hantar ingatan. Bantal, tilam, beras, sardin, this is not your core business. This is Jabatan Kebajikan punya core businessWhat is your core business? Your core business ialah menguruskan maklumat, menguruskan penerangan. Wartawan datang, mana nak pergi? Mana dia kalau SOP yang selalu di pakai dalam Jabatan ini?. Waktu pilihanraya kecil, pertama to setup the media centre supaya orang dating. Siapa yang menguruskan mana tempat, mana jadual, mana kawasan? Kalau media centre, cukup tak dari segi speed internet ataupun broadbandnya; 2 megabit cukup tak persecond, 4 cukup tak, 8 cukup tak? Saya beritahu. Tetapi dikatakan tidak ada dalam SOP kalau berlaku perkara-perkara yang berkaitan dengan bencana.

So, saya katakan bahawa kalau Jabatan yang usianya 30, 40 tahun tidak ada SOP, sekiranyaStandard Operating Procedure menunggu arahan; arahan Menteri, arahan Ketua, arahan siapa, selagi tidak ada arahan tak perlu buat, saya katakan bahawa mungkin orang anggap bahawa ada, tidak ada Jabatan ini tidak memberi apa-apa impak. Dan saya katakan bahawa mulai sekarang, saya minta Jabatan ini, please sit down balik. Duduk kembali, revised, susun balik keseluruhan Standard Operating Procedurenya, kaedah-kaedah yang dia ada. Kekuatan Ketua Jabatan, dia boleh tak, “Saya nak hantar photographer saya”, Dia tak boleh kata, “Saya nak hantar, tapi jalan tersekat”. Hari-hari helikopter naik. Dia kenal tak, siapa dia yang sama taraf, Ketua Jabatan sama tarafnya dengan Panglima Angkatan Tentera. “Tumpang, kerana tanpa photographer, saya tidak boleh mengambil shoot yang terbaik”. Kalau orang kata bahawa kita tidak membantu, ini buktinya. Tidak ada alasan di situ. Ini adalah menjadi perkara yang sepatutnya tak perlu ada perintah Menteri kerana saya tidak mahu, ini kawasan Menteri, mesti ada. Tetapi kawasan yang tidak kawasan Menteri, kalau di Pengerang yang tidak jadi Menteri, maka tidak ada effort yang dibuat. Minta maaf, ini kita bercakap dalam sikit, di kalangan kami di dalam.

Ertinya, apa yang disebutkan kreativiti dan inovasi, yang dikehendaki ialah apabila kita berhadapan dengan bencana, bagaimana kita menjadikan, memposisikan diri kita. Nasib baik ada Jabatan Penerangan. Bertuah ada Jabatan Penerangan. Mujurlah ada Jabatan Penerangan. Dia telah mengubah pemikiran kerana untuk membawa bantal, membawa beras, mungkin orang lain boleh bawa. Tetapi membawa kamera, menguruskan maklumat, menguruskan bagaimana menukar persepsi orang bahawa ini adalah Kerajaan yang terbaik waktu susah, waktu senang. Jangan waktu senang kamu cari pembangkang, nah waktu susah kamu cari Barisan Nasional. Kita katakan senang dan susah, inilah Kerajaan yang bersama kamu selama-lamanya.

Ini adalah merupakan siapa yang nak beritahu ini. Bencana bukan datang selalu. Kita doa jangan ada bencana tetapi ada bencana adalah merupakan test yang diberikan kepada anda semua. Orang mungkin tidak memuji kita, tetapi apabila keadaan menjadi buruk, orang kata di mana penerangan? Isu rapid, orang tanya mana penerangan?. Isu GST, orang tanya mana penerangan?. Mungkin orang kata waktu dia nak buat dia tak tanya kita, bila ada problem dia cari kita. Sama juga dengan tentera, waktu aman tak berperang, tak cari dia. Bila berperang baru cari dia.

Tetapi how effective we are? Bagaimana berkesannya kita? Itu yang menjadikan kita sebagai orang yang disebutkan kumpulan organisasi yang disebutkan indispensable. Tak boleh nak pakai buang kerana kita memerlukan mereka dulu, kini dan selama-lamanya.

Dan ini kita kena tanya dengan diri kita sendiri, apakah di masa yang akan dating, Jabatan ini diperlukan? Apakah Jabatan ini dianggap Jabatan yang indispensable. Kalau tidak, saya beritahu kepada Dato’ Ibrahim, dalam mesyuarat saya yang pertama saya bertemu dengan pegawai tertinggi di kalangan ketua-ketua, pengarah-pengarah negeri dan sebagainya, satu peringkat saya katakan, “Are you willing?” Saya katakan, “Kalau Jabatan ini terus diperlukan”.

Tetapi kalau tidak efektif, katakanlah, saya minta dijauhi, katakanlah Putrajaya berubah tangan, apakah Jabatan Penerangan satu masa nanti akan sibuk membuat Coffee Table Book untuk Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang. Untuk pergi membawa speaker untuk berkata, “Inilah pemimpin kita yang terbaik yang bernama Lim Kit Siang”. Sanggupkah anda untuk telan dengan mengatakan bahawa tidak ada lagi yang kita sanjungi berubah negara ini sejak Karpal Singh menjadi salah seorang Menteri dan dia menjadi Menteri Penerangan pada waktu itu? Sanggup tak saya tanya tuan-tuan?

Kalau tidak sanggup pastikan bahawa Kerajaan ini terus kuat dan kita bersama dalam mempertahankan Kerajaan ini dan yang dituntut kepada kita, kita menjadi lebih kreatif, lebih mampu dan tidak mungkin kita menjadi golongan yang boleh dipakai buang kerana dulu, kini dan selamanya kita diperlukan. Kerana kitalah yang berada di barisan hadapan dalam menghadapi apa jua keadaan.

Dengan lafaz Bismillahhirrahmannirahim, maka dengan ini saya merasmikan Hari Penerangan Kebangsaan dan Inovasi tahun 2013.

Cetak