
BSH B40 merupakan pemberian bantuan secara lebih bersasar dan bergantung kepada saiz isi rumah.

- RM1,000 bagi isi rumah berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah;
- RM750 bagi isi rumah berpendapatan bulanan dari RM2,001 hingga RM3,000; dan
- RM500 bagi isi rumah berpendapatan bulanan dari RM3,001 hingga RM4,000.

- Kadar tambahan BSH sebanyak RM120 untuk setiap anak berumur 18 tahun ke bawah terhad kepada empat anak, kecuali anak kurang upaya yang tidak dihadkan umur mereka.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :
Hotline BSH MoF : 03-88824565
Hotline BSH LHDNM : 1-800-88-2747 (BSH)
Email : bsh@treasury.gov.my
Laman web : www.treasury.gov.my