• UTAMA
  • INFO KORPORAT
      • SEJARAH
      • VISI & MISI
      • STRATEGI
      • OBJEKTIF
      • FUNGSI
      • CARTA
      • PIAGAM PELANGGAN
      • DASAR KUALITI
      • MAKLUMAT BAHAGIAN
  • PROGRAM
  • GALERI
  • INISIATIF KERAJAAN
    • INISIATIF
    • PENCAPAIAN
  • DIREKTORI
    • JAPEN
    • AKRAB JAPEN

KERAJAAN KEKAL BEKU KENAIKAN KADAR TOL BAGI BANTU RAKYAT

webmaster
Jan 9, 2020 INFO SEMASA Comments Off on KERAJAAN KEKAL BEKU KENAIKAN KADAR TOL BAGI BANTU RAKYAT

PETALING JAYA, 9 Jan — Kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengekalkan keputusan membekukan semua kenaikan kadar tol di seluruh negara tahun ini, sebagai usaha untuk terus membantu rakyat, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Beliau berkata keputusan itu diambil dalam usaha mengurangkan bebanan kos sara hidup rakyat walaupun kerajaan terpaksa menampung kos membayar pampasan lebih RM1 bilion kepada pengendali-pengendali tol.

“Sungguhpun kerajaan telah membekukan kenaikan kadar tol tahun ini, rakyat perlu ingat bahawa apabila kadar tol dibekukan maka kerajaan perlu bayar ganti rugi (pampasan).

“Ini bukan satu angka yang kecil, tentu lagi banyak (wang) kerana kadar (tol) meningkat,” katanya pada sidang media selepas menghadiri hari bertemu pelanggan di Kompleks Kastam Wilayah Persekutuan, Kelana Jaya, di sini hari ini.

Beliau berkata, kerajaan perlu menanggung lebih RM1 bilion susulan keputusan itu.

Lim berkata rakyat masih boleh menikmati kadar lama di semua tol dan perkara itu akan diteruskan oleh kerajaan PH.

Beliau turut menzahirkan kekesalan kerana kurangnya liputan berhubung keputusan kerajaan mengekalkan keputusan membekukan kenaikan kadar tol yang memberikan impak besar kepada rakyat berbanding isu lain.

Pada 2019, kerajaan membekukan kenaikan kadar tol di 21 lebuh raya di seluruh negara bagi semua kelas kenderaan, berdasarkan kepada rasa tanggungjawab kerajaan PH untuk meringankan beban sara hidup yang dipikul rakyat.

— BERNAMA

tol

HUBUNGI

Aras 5,8-16 dan 18 , Kompleks Kementerian
Komunikasi dan Multimedia, No. 4G9, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 Putrajaya.

Tel : 603-89113440
Faks : 603-89113466
E-mel : webmaster@inform.gov.my

PERKHIDMATAN

Portal Maklumat Rakyat
Webmel JaPen
Muat Turun Dokumen
Koleksi Audio/Video
Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA)
Sistem Aktivis

AWAN TAG

5g 2019-nCoV BELANJAWAN 2021 BPN BSH 2020 digital e-dagang e-tunai inisiatif kerajaan insentif kalendar keselamatan KKMM NFCP pencapaian peruntukan petrol ptptn statistik tabung haji tol

IKUTI MEDIA SOSIAL

facebooktwitterinstagramyoutube

JUMLAH PELAWAT

100,110 pengunjung

TARIKH AKHIR KEMASKINI

04 July 2022
DASAR KESELAMATAN | DASAR PRIVASI | PENAFIAN | PETA LAMAN | MAKLUMBALAS | DATASET | MOHON DATA
HAK CIPTA TERPELIHARA © 2020 JABATAN PENERANGAN MALAYSIA
Saiz Tulisan
Accessibility by WAH