• UTAMA
  • INFO KORPORAT
      • SEJARAH
      • VISI & MISI
      • STRATEGI
      • OBJEKTIF
      • FUNGSI
      • CARTA
      • PIAGAM PELANGGAN
      • DASAR KUALITI
      • MAKLUMAT BAHAGIAN
  • PROGRAM
  • GALERI
  • INISIATIF KERAJAAN
    • INISIATIF
    • PENCAPAIAN
  • DIREKTORI
    • JAPEN
    • AKRAB JAPEN

E-TUNAI: KERAJAAN AKAN KAJI BAYARAN TERUS KE AKAUN PENERIMA BSH

webmaster
Jan 19, 2020 INFO SEMASA Comments Off on E-TUNAI: KERAJAAN AKAN KAJI BAYARAN TERUS KE AKAUN PENERIMA BSH

BUTTERWORTH, 18 Jan — Kerajaan bersedia mengkaji dan pertimbangkan pemberian RM30 menerusi program e-Tunai Rakyat secara kemasukan ke dalam akaun kepada penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) yang tidak mempunyai telefon pintar, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

“Kita boleh kaji pada masa akan datang berhubung perkara itu. Biar kita jalankan dahulu program ini (e-Tunai Rakyat) dan lihat perkembangannya. Kalau ada banyak rungutan tentang perkara ini (permintaan memasukkan RM30 ke dalam akaun), kita akan pertimbangkan,” katanya.

Beliau berkata setakat 12 tengah hari ini, sebanyak 1.7 juta permohonan bagi menuntut wang percuma RM30 menerusi e-Tunai Rakyat telah diterima sejak dilancarkan.

 

Daripada jumlah itu, sebanyak 1.32 juta permohonan telah diluluskan membabitkan hampir RM40 juta, katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke pasar raya besar Tesco Bagan Ajam bersempena pelancaran inisiatif e-Tunai Rakyat, di sini hari ini.

Program e-Tunai Rakyat membabitkan peruntukan RM450 juta dilancarkan pada Selasa lepas bagi membolehkan rakyat Malaysia berkelayakan menuntut wang percuma RM30 menerusi tiga pengendali e-dompet iaitu Grab, Boost dan Touch ‘n Go.

Lim berkata e-Tunai Rakyat merupakan inisiatif kerajaan untuk menggalakkan sistem pembayaran digital sebagai satu langkah penting ke arah masyarakat tanpa tunai.

“Sistem pembayaran tanpa tunai adalah lebih baik, efisien agar dapat memastikan semua dapat dibuat secara sahih, teratur tanpa unsur penyalahgunaan dan rasuah,” katanya.

— BERNAMA

e-tunai

HUBUNGI

Aras 5,8-16 dan 18 , Kompleks Kementerian
Komunikasi dan Multimedia, No. 4G9, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 Putrajaya.

Tel : 603-89113440
Faks : 603-89113466
E-mel : webmaster@inform.gov.my

PERKHIDMATAN

Portal Maklumat Rakyat
Webmel JaPen
Muat Turun Dokumen
Koleksi Audio/Video
Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA)
Sistem Aktivis

AWAN TAG

5g 2019-nCoV BELANJAWAN 2021 BPN BSH 2020 digital e-dagang e-tunai inisiatif kerajaan insentif kalendar keselamatan KKMM NFCP pencapaian peruntukan petrol ptptn statistik tabung haji tol

IKUTI MEDIA SOSIAL

facebooktwitterinstagramyoutube

JUMLAH PELAWAT

100,110 pengunjung

TARIKH AKHIR KEMASKINI

07 July 2022
DASAR KESELAMATAN | DASAR PRIVASI | PENAFIAN | PETA LAMAN | MAKLUMBALAS | DATASET | MOHON DATA
HAK CIPTA TERPELIHARA © 2020 JABATAN PENERANGAN MALAYSIA
Saiz Tulisan
Accessibility by WAH