• UTAMA
  • INFO KORPORAT
      • SEJARAH
      • VISI & MISI
      • STRATEGI
      • OBJEKTIF
      • FUNGSI
      • CARTA
      • PIAGAM PELANGGAN
      • DASAR KUALITI
      • MAKLUMAT BAHAGIAN
  • PROGRAM
  • GALERI
  • INISIATIF KERAJAAN
    • INISIATIF
    • PENCAPAIAN
  • DIREKTORI
    • JAPEN
    • AKRAB JAPEN

TUN MAHATHIR PANTAU PROJEK DEMONSTRASI 5G DI LANGKAWI

webmaster
Jan 20, 2020 5G Comments Off on TUN MAHATHIR PANTAU PROJEK DEMONSTRASI 5G DI LANGKAWI

LANGKAWI, 19 Jan — Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini melawat lokasi projek demonstrasi 5G di Hospital Sultanah Maliha, di sini yang menjalankan percubaan teknologi itu dalam sektor perubatan.

Beliau diiringi Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo dan Timbalan Menteri Kesihatan Lee Boon Chye.

Dr Mahathir yang tiba di hospital itu kira-kira pukul 3.15 petang meluangkan masa lebih 30 minit untuk melihat dua demonstrasi penggunaan teknologi generasi kelima itu, iaitu konsultasi perubatan jarak jauh dan kemudahan ambulans yang dilengkapi rangkaian itu.

Bagi projek ambulans yang mendapat kerjasama syarikat telekomunikasi Digi, pasukan perubatan Jabatan Kecemasan dan Trauma hospital berkenaan menunjukkan bagaimana teknologi itu membolehkan pemindahan data secara nyata yang mempercepatkan diagnosis menggunakan elektrokardiogram (ECG) dan imbasan ultrabunyi dari dalam ambulans.

Perdana Menteri kemudian menyaksikan demonstrasi bagaimana konsultasi perubatan jarak jauh dilakukan pengamal perubatan hospital itu dengan pegawai perubatan di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Star bagi merawat mangsa nahas jalan raya.

Berita penuh: http://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1807779

Sumber: BERNAMA

5g

HUBUNGI

Aras 5,8-16 dan 18 , Kompleks Kementerian
Komunikasi dan Multimedia, No. 4G9, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 Putrajaya.

Tel : 603-89113440
Faks : 603-89113466
E-mel : webmaster@inform.gov.my

PERKHIDMATAN

Portal Maklumat Rakyat
Webmel JaPen
Muat Turun Dokumen
Koleksi Audio/Video
Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA)
Sistem Aktivis

AWAN TAG

5g 2019-nCoV BELANJAWAN 2021 BPN BSH 2020 digital e-dagang e-tunai inisiatif kerajaan insentif kalendar keselamatan KKMM NFCP pencapaian peruntukan petrol ptptn statistik tabung haji tol

IKUTI MEDIA SOSIAL

facebooktwitterinstagramyoutube

JUMLAH PELAWAT

100,110 pengunjung

TARIKH AKHIR KEMASKINI

07 July 2022
DASAR KESELAMATAN | DASAR PRIVASI | PENAFIAN | PETA LAMAN | MAKLUMBALAS | DATASET | MOHON DATA
HAK CIPTA TERPELIHARA © 2020 JABATAN PENERANGAN MALAYSIA
Saiz Tulisan
Accessibility by WAH