• UTAMA
  • INFO KORPORAT
      • SEJARAH
      • VISI & MISI
      • STRATEGI
      • OBJEKTIF
      • FUNGSI
      • CARTA
      • PIAGAM PELANGGAN
      • DASAR KUALITI
      • MAKLUMAT BAHAGIAN
  • PROGRAM
  • GALERI
  • INISIATIF KERAJAAN
    • INISIATIF
    • PENCAPAIAN
  • DIREKTORI
    • JAPEN
    • AKRAB JAPEN

MALAYSIA AIRLINES BENARKAN BATAL TIKET KE DAN DARI CHINA DENGAN BAYARAN BALIK PENUH

webmaster
Feb 3, 2020 INFO SEMASA Comments Off on MALAYSIA AIRLINES BENARKAN BATAL TIKET KE DAN DARI CHINA DENGAN BAYARAN BALIK PENUH

KUALA LUMPUR, 2 Feb — Malaysia Airlines hari ini mengumumkan ia akan membenarkan pembatalan tiket dengan bayaran balik penuh selain perubahan ke atas tiket secara percuma bagi penerbangan ke dan dari China.

Langkah tersebut diambil selepas Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak mengenakan sekatan masuk sementara ke atas warganegara China dan warga asing yang telah mengembara ke China dalam tempoh 14 hari terakhir, berkuat kuasa semalam.

Mereka yang mempunyai Pas Bekerja, Pas Pelajar dan Pas Lawatan Sosial Jangka Panjang akan dibenarkan masuk dan tertakluk kepada kuarantin wajib sendiri di rumah selama 14 hari untuk mengurangkan penyebaran wabak 2019 novel koronavirus di negeri itu.

Syarikat penerbangan itu berkata penumpang memegang tiket yang dikeluarkan pada atau sebelum 28 Jan untuk perjalanan bagi tempoh dari 28 Jan hingga 29 Feb ke dan dari Beijing, Shanghai, Guangzhou dan Xiamen akan dibenarkan untuk pembatalan dengan bayaran balik penuh.

Mereka juga boleh membuat perubahan sekali sehaja bagi tiket penerbangan dengan pengecualian fi perubahan dan pembatalan, menurut Malaysia Airlines dalam kenyataan hari ini.

Syarikat penerbangan tersebut berkata tawaran berkenaan terpakai bagi tiket belum digunakan sepenuhnya dan tiket yang telah digunakan sebahagiannya.

 

Selain itu, perjalanan yang disemak semula atau alternatif mesti pada atau sebelum 31 Mei, 2020 dan tertakluk kepada ketersediaan penerbangan, menurutnya.

“Kakitangan Malaysia Airlines akan mengedarkan borang di kawasan menunggu sebelum berlepas kepada penumpang yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuching, Miri, Sibu dan Bintulu; Kota Kinabalu-Kuching; dan Singapura-Kuching,” menurut Malaysia Airlines.

— BERNAMA

https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1810881

tol

HUBUNGI

Aras 5,8-16 dan 18 , Kompleks Kementerian
Komunikasi dan Multimedia, No. 4G9, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 Putrajaya.

Tel : 603-89113440
Faks : 603-89113466
E-mel : webmaster@inform.gov.my

PERKHIDMATAN

Portal Maklumat Rakyat
Webmel JaPen
Muat Turun Dokumen
Koleksi Audio/Video
Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA)
Sistem Aktivis

AWAN TAG

5g 2019-nCoV BELANJAWAN 2021 BPN BSH 2020 digital e-dagang e-tunai inisiatif kerajaan insentif kalendar keselamatan KKMM NFCP pencapaian peruntukan petrol ptptn statistik tabung haji tol

IKUTI MEDIA SOSIAL

facebooktwitterinstagramyoutube

JUMLAH PELAWAT

100,110 pengunjung

TARIKH AKHIR KEMASKINI

04 July 2022
DASAR KESELAMATAN | DASAR PRIVASI | PENAFIAN | PETA LAMAN | MAKLUMBALAS | DATASET | MOHON DATA
HAK CIPTA TERPELIHARA © 2020 JABATAN PENERANGAN MALAYSIA
Saiz Tulisan
Accessibility by WAH