• UTAMA
  • INFO KORPORAT
      • SEJARAH
      • VISI & MISI
      • STRATEGI
      • OBJEKTIF
      • FUNGSI
      • CARTA
      • PIAGAM PELANGGAN
      • DASAR KUALITI
      • MAKLUMAT BAHAGIAN
  • PROGRAM
  • GALERI
  • INISIATIF KERAJAAN
    • INISIATIF
    • PENCAPAIAN
  • DIREKTORI
    • JAPEN
    • AKRAB JAPEN

PENGURANGAN KADAR TOL BERITA BAIK BUAT RAKYAT JOHOR

webmaster
Feb 3, 2020 INFO SEMASA Comments Off on PENGURANGAN KADAR TOL BERITA BAIK BUAT RAKYAT JOHOR

KULAI, 2 Feb — Kerajaan negeri menyifatkan pengurangan kadar tol sebanyak 18 peratus di semua lebuh raya milik PLUS Malaysia Bhd mulai semalam, merupakan berita gembira buat rakyat di negeri ini terutama mereka yang bekerja di Singapura.

Menteri Besar Johor Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata langkah baik kerajaan Persekutuan itu juga sekali gus dilihat dapat membantu mengurangkan beban pengguna jalan raya.

“Semua sedia maklum, ramai rakyat Johor yang bekerja di Singapura dan mereka menggunakan lebuh raya…jadi pengurangan kadar tol ini merupakan satu berita baik kepada rakyat Johor,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Dewan Undangan Negeri Bukit Batu, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pengurangan kadar tol sebanyak 18 peratus di semua lebuh raya milik PLUS termasuk Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (LINKEDUA) yang merupakan antara laluan utama ke Singapura selain Tambak Johor.

Turut hadir Anggota Dewan Undangan Negeri Bukit Batu Jimmy Puah Wee Tse yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan Antarabangsa dan Utiliti negeri.

— BERNAMA

https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1810935

tol

HUBUNGI

Aras 5,8-16 dan 18 , Kompleks Kementerian
Komunikasi dan Multimedia, No. 4G9, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 Putrajaya.

Tel : 603-89113440
Faks : 603-89113466
E-mel : webmaster@inform.gov.my

PERKHIDMATAN

Portal Maklumat Rakyat
Webmel JaPen
Muat Turun Dokumen
Koleksi Audio/Video
Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA)
Sistem Aktivis

AWAN TAG

5g 2019-nCoV BELANJAWAN 2021 BPN BSH 2020 digital e-dagang e-tunai inisiatif kerajaan insentif kalendar keselamatan KKMM NFCP pencapaian peruntukan petrol ptptn statistik tabung haji tol

IKUTI MEDIA SOSIAL

facebooktwitterinstagramyoutube

JUMLAH PELAWAT

100,110 pengunjung

TARIKH AKHIR KEMASKINI

04 July 2022
DASAR KESELAMATAN | DASAR PRIVASI | PENAFIAN | PETA LAMAN | MAKLUMBALAS | DATASET | MOHON DATA
HAK CIPTA TERPELIHARA © 2020 JABATAN PENERANGAN MALAYSIA
Saiz Tulisan
Accessibility by WAH