• UTAMA
  • INFO KORPORAT
      • SEJARAH
      • VISI & MISI
      • STRATEGI
      • OBJEKTIF
      • FUNGSI
      • CARTA
      • PIAGAM PELANGGAN
      • DASAR KUALITI
      • MAKLUMAT BAHAGIAN
  • PROGRAM
  • GALERI
  • INISIATIF KERAJAAN
    • INISIATIF
    • PENCAPAIAN
  • DIREKTORI
    • JAPEN
    • AKRAB JAPEN

PENGURANGAN TOL BERI IMPAK EKONOMI KEPADA PELANCONGAN MELAKA

webmaster
Feb 3, 2020 INFO SEMASA Comments Off on PENGURANGAN TOL BERI IMPAK EKONOMI KEPADA PELANCONGAN MELAKA

MELAKA, 1 Feb — Langkah pengurangan kadar tol sebanyak 18 peratus di semua lebuh raya milik PLUS Malaysia Bhd (PLUS) bermula hari ini dijangka akan memberi impak ekonomi yang lebih positif kepada kerajan negeri Melaka khususnya dalam sektor pelancongan.

Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari berkata pengurangan kadar tol itu bukan sahaja dapat membantu peningkatan kedatangan pelancong domestik ke negeri itu malah pelancong antarabangsa khususnya dari Singapura.

“Tujuan utama kerajaan mengurangkan kadar tol ialah untuk memberi kemudahan kepada masyarakat untuk berhubung antara satu negeri dengan negeri yang lain menggunakan lebuh raya pada harga yang lebih menjimatkan.

“Pada masa sama ia memberi impak ekonomi kepada Melaka yang terkenal sebagai negeri pelancongan dan kami mengharapkan lebih ramai lagi akan berkunjung,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan kunci Projek Rumah Mampu Milik (RMM) Taman Betam Setia dan Taman Cheng Setia di sini, hari ini.

Kerajaan sebelum ini mengumumkan diskaun kadar tol sebanyak 18 peratus akan diberikan kepada kenderaan penumpang, bas dan teksi iaitu kelas 1, 4 dan 5 bagi Lebuhraya Utara Selatan termasuk Lebuhraya Baru Lembah Kelang (NKVE), Lebuhraya Utara Selatan Lingkaran Tengah (ELITE), Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia – Singapura (LINKEDUA), Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT 2), Lebuhraya Seremban – Port Dickson (SPDH) dan Lebuhraya Butterworth – Kulim (BKE) serta kenderaan kelas 2, 3, 4 dan 5 bagi Jambatan Pulau Pinang.

Sementara itu, Adly berkata sebanyak 38,300 RMM akan dibangunkan di negeri itu dalam tempoh lima tahun bermula tahun lepas dan daripada jumlah itu, sebanyak 19,545 RMM dibangunkan agensi kerajaan negeri dan swasta.

 

Katanya sebanyak 18,755 dibangunkan Kerajaan Persekutuan seperti Perumahan Rakyat 1Malaysia, Syarikat Perumahan Nasional Berhad, Perumahan Penjawat Awam Malaysia dan Jabatan Perumahan Negara.

“Daripada jumlah itu juga, sebanyak 4,166 RMM telah siap dibina tahun ini, sedang dalam pembinaan (20,366 unit) dan telah mendapat kelulusan dan akan dimulakan pembinaan dalam masa terdekat (13,768 unit).

“Harga RM180,000 RMM yang ditawarkan ini sudah amat mampu dimiliki dan projek RMM merupakan satu keperluan yang kami di peringkat negeri akan terus melaksanakannya dengan kerjasama swasta dan kerajaan Persekutuan,” katanya.

Beliau berkata bagi membantu golongan berpendapatan rendah (B40) untuk memilik RMM, kerajaan negeri melalui Amanah Finance House menawarkan pinjaman pembiayaan deposit pembelian rumah tersebut sebanyak 10 peratus bagi membantu mengurangkan beban rakyat untuk memiliki rumah terutama mereka yang tidak mempunyai simpanan.

— BERNAMA

https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1810833

tol

HUBUNGI

Aras 5,8-16 dan 18 , Kompleks Kementerian
Komunikasi dan Multimedia, No. 4G9, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 Putrajaya.

Tel : 603-89113440
Faks : 603-89113466
E-mel : webmaster@inform.gov.my

PERKHIDMATAN

Portal Maklumat Rakyat
Webmel JaPen
Muat Turun Dokumen
Koleksi Audio/Video
Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA)
Sistem Aktivis

AWAN TAG

5g 2019-nCoV BELANJAWAN 2021 BPN BSH 2020 digital e-dagang e-tunai inisiatif kerajaan insentif kalendar keselamatan KKMM NFCP pencapaian peruntukan petrol ptptn statistik tabung haji tol

IKUTI MEDIA SOSIAL

facebooktwitterinstagramyoutube

JUMLAH PELAWAT

100,110 pengunjung

TARIKH AKHIR KEMASKINI

04 July 2022
DASAR KESELAMATAN | DASAR PRIVASI | PENAFIAN | PETA LAMAN | MAKLUMBALAS | DATASET | MOHON DATA
HAK CIPTA TERPELIHARA © 2020 JABATAN PENERANGAN MALAYSIA
Saiz Tulisan
Accessibility by WAH