• UTAMA
  • INFO KORPORAT
      • SEJARAH
      • VISI & MISI
      • STRATEGI
      • OBJEKTIF
      • FUNGSI
      • CARTA
      • PIAGAM PELANGGAN
      • DASAR KUALITI
      • MAKLUMAT BAHAGIAN
  • PROGRAM
  • GALERI
  • INISIATIF KERAJAAN
    • INISIATIF
  • DIREKTORI
    • JAPEN
    • AKRAB JAPEN

TH TAWAR HADIAH RM300,000 MELALUI KEMPEN #SIMPANDAFTARDANMENANG

webmaster
Feb 5, 2020 INFO SEMASA Comments Off on TH TAWAR HADIAH RM300,000 MELALUI KEMPEN #SIMPANDAFTARDANMENANG

KUALA LUMPUR, 5 Feb — Pakej Umrah dan wang bernilai RM300,000 adalah antara hadiah menarik yang ditawarkan Lembaga Tabung Haji (TH) kepada pendepositnya, melalui kempen yang julung kali diadakan, #simpandaftardanmenang, mulai bulan ini.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff berkata, kempen itu terbuka kepada pendeposit baharu dan lama berusia 18 tahun ke atas, di mana mereka hanya perlu menambah simpanan RM5,000 serta mengekalkannya dalam tempoh kempen sehingga 31 Dis tahun ini.

Selain itu, syarat lain yang ditetapkan ialah pendeposit TH, sama ada yang baharu atau sudah mempunyai akaun, perlu mendaftar haji untuk melayakkan mereka menyertai cabutan kempen ini, katanya ketika melancarkan laman perkhidmatan digital THiJari dan kempen #simpandaftardanmenang di Menara TH hari ini.

Bagi mereka yang pernah menunaikan haji dan ingin menyertai kempen, perlu mengekalkan simpanan RM5,000 di TH untuk menyertai kempen itu.

Nik Mohd Hasyudeen berkata tiga cabutan akan dilakukan TH sepanjang tempoh kempen, iaitu pada Mei bagi tempoh Februari hingga April; Ogos (kempen Mei hingga Julai) dan Januari 2021 bagi kempen Ogos hingga Disember.

Nik Mohd Hasyudeen berkata inisiatif itu bertujuan menarik minat lebih ramai umat Islam negara ini untuk membuka akaun di TH, memandangkan ketika ini dianggarkan 53 peratus daripada 18.8 juta umat Islam di Malaysia, masih belum menyimpan dan mendaftar haji di TH.

“Justeru, TH akan menggiatkan usaha bagi menarik lebih ramai umat Islam untuk menyimpan di TH, terutama mereka yang masih belum menunaikan haji. Setakat ini, jumlah pendeposit yang telah mendaftar haji adalah lebih tiga juta orang,” katanya.

Pada masa ini, TH mempunyai lebih sembilan juta pendeposit.

Mengulas lanjut, Nik Mohd Hasyudeen berkata ini merupakan julung kali TH mengadakan kempen seumpamanya, selepas pertukaran konsep tabungan TH daripada Wadi’ah Yad Dhamanah kepada Wakalah yang membolehkan TH mempelbagaikan cara promosi dan program pemasaran, melalui kempen-kempen menarik.

Sementara itu, urusan pendeposit TH kini akan menjadi lebih pantas dan mudah, susulan pelancaran laman sesawang perkhidmatan digital THiJari.

— BERNAMA

tabung haji

HUBUNGI

Aras 5,8-16 dan 18 , Kementerian
Komunikasi dan Digital, No. 4G9, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 Putrajaya.

Tel : 603-89113440
Faks : 603-89113466
E-mel : webmaster@inform.gov.my

PERKHIDMATAN

Portal Maklumat Rakyat
Webmel JaPen
Koleksi Audio/Video
Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA)

AWAN TAG

5g 2019-nCoV BELANJAWAN 2021 BPN BSH 2020 digital e-dagang e-tunai inisiatif kerajaan insentif kalendar keselamatan KKMM NFCP pencapaian peruntukan petrol ptptn statistik tabung haji tol

IKUTI MEDIA SOSIAL

facebooktwitterinstagramyoutube

JUMLAH PELAWAT

301,800 pengunjung

TARIKH AKHIR KEMASKINI

30 March 2023
DASAR KESELAMATAN | DASAR PRIVASI | PENAFIAN | PETA LAMAN | MAKLUMBALAS | DATASET | MOHON DATA
HAK CIPTA TERPELIHARA © 2020 JABATAN PENERANGAN MALAYSIA
Saiz Tulisan
Accessibility by WAH