• UTAMA
  • INFO KORPORAT
      • SEJARAH
      • VISI & MISI
      • STRATEGI
      • OBJEKTIF
      • FUNGSI
      • CARTA
      • PIAGAM PELANGGAN
      • DASAR KUALITI
      • MAKLUMAT BAHAGIAN
  • PROGRAM
  • GALERI
  • INISIATIF KERAJAAN
    • INISIATIF
  • DIREKTORI
    • JAPEN
    • AKRAB JAPEN

DIKIR BARAT DIDIK MASYARAKAT KELANTAN PATUHI PKP

webmaster
Jul 29, 2020 BERITA JAPEN APRIL 2020 Comments Off on DIKIR BARAT DIDIK MASYARAKAT KELANTAN PATUHI PKP

KOTA BHARU: Lagu berkonsepkan dikir barat dicipta untuk memastikan rakyat Kelantan memahami Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pengarah Jabatan Penerangan Kelantan, Lim Ann Teck, berkata lagu bertajuk Duduk Di Rumah itu mula diperdengarkan melalui Facebook jabatan itu sejak dua hari lepas.

“Lagu itu didendangkan dua penyanyi terkenal dikir barat di Kelantan, iaitu Fendi Kenali dan Raden Mas Uji yang juga hasil ciptaan mereka.

“Lirik dihasilkan dengan kerjasama jabatan ini dan lagu itu sudah mula diperdengarkan termasuk menerusi pembesar suara van bergerak di seluruh negeri,” katanya kepada BERNAMA di sini, hari ini.

Ann Teck berkata, lagu itu akan turut diperdengarkan menerusi KELANTANfm tidak lama lagi agar masyarakat dapat menghayati lirik lagu berkenaan.

“Lagu ini diharapkan dapat mendidik masyarakat mengenai wabak COVID-19 dan kami menerima maklum balas sangat baik daripada masyarakat termasuk di pedalaman,” katanya.

Sepanjang Ramadan ini, Jabatan Penerangan Kelantan turut memperkenalkan Tazkirah On Wheels, iaitu penerangan agama oleh penceramah disiarkan melalui van bergerak dan laman sosial jabatan itu.

Dalam perkembangan berkaitan, Ann Teck melahirkan rasa kecewa dengan sikap masyarakat yang mula mengabaikan penjarakan sosial terutama di pasar awam apabila mengetahui COVID-19 di Kelantan semakin baik.

“Ini yang semakin kita khuatir dan ia sudah dimaklumkan kepada pihak berkuasa.

“Kita mahu masyarakat mematuhi arahan mengenai PKP bagi membendung wabak ini,” katanya.

-BERITA HARIAN-

2019-nCoV

HUBUNGI

Aras 5,8-16 dan 18 , Kementerian
Komunikasi dan Digital, No. 4G9, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 Putrajaya.

Tel : 603-89113440
Faks : 603-89113466
E-mel : webmaster@inform.gov.my

PERKHIDMATAN

Portal Maklumat Rakyat
Webmel JaPen
Koleksi Audio/Video
Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA)

AWAN TAG

5g 2019-nCoV BELANJAWAN 2021 BPN BSH 2020 digital e-dagang e-tunai inisiatif kerajaan insentif kalendar keselamatan KKMM NFCP pencapaian peruntukan petrol ptptn statistik tabung haji tol

IKUTI MEDIA SOSIAL

facebooktwitterinstagramyoutube

JUMLAH PELAWAT

240,400 pengunjung

TARIKH AKHIR KEMASKINI

02 February 2023
DASAR KESELAMATAN | DASAR PRIVASI | PENAFIAN | PETA LAMAN | MAKLUMBALAS | DATASET | MOHON DATA
HAK CIPTA TERPELIHARA © 2020 JABATAN PENERANGAN MALAYSIA
Saiz Tulisan
Accessibility by WAH