• UTAMA
  • INFO KORPORAT
      • SEJARAH
      • VISI & MISI
      • STRATEGI
      • OBJEKTIF
      • FUNGSI
      • CARTA
      • PIAGAM PELANGGAN
      • DASAR KUALITI
      • MAKLUMAT BAHAGIAN
  • PROGRAM
  • GALERI
  • INISIATIF KERAJAAN
    • INISIATIF
  • DIREKTORI
    • JAPEN
    • AKRAB JAPEN

PROGRAM IOW- MERDEKA SUNTIK SEMANGAT RAKYAT CINTAKAN NEGARA

webmaster
Jul 29, 2020 BERITA JAPEN JULAI 2020 Comments Off on PROGRAM IOW- MERDEKA SUNTIK SEMANGAT RAKYAT CINTAKAN NEGARA

LABUAN: Program Info On Wheels-Merdrka (IOW) anjuran Jabatan Penerangan Wilayah Persekutuan Labuan telah menyuntik semangat rakyat Labuan untuk terus merasa bangga dan cintakan negara.

Menurut Pengarah Penerangan Labuan, Supian Musa, program yang bermula dengan singgah di dua lokasi iaitu di Jabatan Penyiaran Labuan dan Balai Raya Kampung Pantai adalah bersempena sambutan Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang 2020.

“Program ini adalah untuk menyemai rasa bangga kepada negara sesuai dengan tema Hari Kebangsaan tahun ini iaitu ‘Malaysia Prihatin’ dan sekaligus menyokong hasrat kerajaan untuk melahirkan masyarakat yang bangga menjadi rakyat Malaysia.

“Kami akan terus menjelajah ke pelusuk kampung, agensi kerajaan dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan serta badan korporat bagi mewujudkan suasana semangat mengibarkan Jalur Gemilang dan sudah tentu kita mengharapkan seluruh masyarakat di sini mengibarkan sama Jalur Gemilang sebagai tanda sayang kepada negara,” katanya yang ditemui pada program itu pada Sabtu.

Selain itu katanya, Jabatan Penerangan turut mengisi sambutan Bulan Kebangsaan dengan beberapa program lain antaranya Semarak Merdeka, Pertandingan Pidato Kenegaraan dan Pengisahan Kenegaraan.

Sementara itu, Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan (MPPWP) Zon Labuan, Mohd Dzulfaizal Ab Manan melahirkan rasa bangga dapat turut serta dalam program tersebut.

“Sebagai pemimpin masyarakat sudah tentu kami merasa bangga terlibat serta dalam memastikan rasa cinta kepada negara terus dikobarkan pada setiap warga Malaysia.“Saya menyeru agar kita semua kibarkan Jalur Gemilang sebagai tanda kita cintakan kepada negara kerana negara ini tempat kita lahir dan perlu kita pastikan setiap warganya sama-sama prihatin dan cakna kepada negara bersesuaian dengan tema Hari Kebangsaan tahun ini,” katanya.

-BORNEODAILYBULLETIN-

2019-nCoV

HUBUNGI

Aras 5,8-16 dan 18 , Kementerian
Komunikasi dan Digital, No. 4G9, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 Putrajaya.

Tel : 603-89113440
Faks : 603-89113466
E-mel : webmaster@inform.gov.my

PERKHIDMATAN

Portal Maklumat Rakyat
Webmel JaPen
Koleksi Audio/Video
Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA)

AWAN TAG

5g 2019-nCoV BELANJAWAN 2021 BPN BSH 2020 digital e-dagang e-tunai inisiatif kerajaan insentif kalendar keselamatan KKMM NFCP pencapaian peruntukan petrol ptptn statistik tabung haji tol

IKUTI MEDIA SOSIAL

facebooktwitterinstagramyoutube

JUMLAH PELAWAT

240,400 pengunjung

TARIKH AKHIR KEMASKINI

02 February 2023
DASAR KESELAMATAN | DASAR PRIVASI | PENAFIAN | PETA LAMAN | MAKLUMBALAS | DATASET | MOHON DATA
HAK CIPTA TERPELIHARA © 2020 JABATAN PENERANGAN MALAYSIA
Saiz Tulisan
Accessibility by WAH