• UTAMA
  • INFO KORPORAT
      • SEJARAH
      • VISI & MISI
      • STRATEGI
      • OBJEKTIF
      • FUNGSI
      • CARTA
      • PIAGAM PELANGGAN
      • DASAR KUALITI
      • MAKLUMAT BAHAGIAN
  • PROGRAM
  • GALERI
  • INISIATIF KERAJAAN
    • INISIATIF
  • DIREKTORI
    • JAPEN
    • AKRAB JAPEN

UNIT BERGERAK SEBAR MAKLUMAT COVID-19

webmaster
Jul 29, 2020 BERITA JAPEN MAC 2020 Comments Off on UNIT BERGERAK SEBAR MAKLUMAT COVID-19

JABATAN Penerangan Negeri Perak menggunakan kenderaan daripada unit bergerak untuk ke 12 daerah di Perak bagi membantu menghebahkan maklumat berkenaan Perintah Kawalan Pergerakan.

Kenderaan itu turut menghebahkan maklumat berkenaan peraturan pencegahan dan pengawalan penyakit berjangkit yang diwartakan hari ini.

Pengarah Penerangan Perak, Mohd Taip Ubah berkata, semua pejabat penerangan daerah di Perak diarahkan untuk membuat hebahan dari semasa ke semasa kepada masyarakat berkaitan perintah kawalan ini serta bahaya koronavirus baharu (Covid-19).

“Unit ini bergerak ke kawasan tumpuan seperti premis perniagaan, perumahan, kampung, penempatan Orang Asli serta lokasi tumpuan masyarakat termasuk pasar awam.

“Unit ini membuat hebahan tiga kali sehari iaitu pada pagi, tengah hari dan petang dalam bahasa Melayu, Inggeris, Tamil dan Mandarin,” katanya pada kenyataan, hari ini.

Jabatan Penerangan turut merayu orang ramai untuk memberi kerjasama serta mematuhi arahan kerajaan dari semasa ke semasa bagi membanteras penularan Covid-19.

-MYMETRO-

2019-nCoV

HUBUNGI

Aras 5,8-16 dan 18 , Kementerian
Komunikasi dan Digital, No. 4G9, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 Putrajaya.

Tel : 603-89113440
Faks : 603-89113466
E-mel : webmaster@inform.gov.my

PERKHIDMATAN

Portal Maklumat Rakyat
Webmel JaPen
Koleksi Audio/Video
Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA)

AWAN TAG

5g 2019-nCoV BELANJAWAN 2021 BPN BSH 2020 digital e-dagang e-tunai inisiatif kerajaan insentif kalendar keselamatan KKMM NFCP pencapaian peruntukan petrol ptptn statistik tabung haji tol

IKUTI MEDIA SOSIAL

facebooktwitterinstagramyoutube

JUMLAH PELAWAT

240,400 pengunjung

TARIKH AKHIR KEMASKINI

02 February 2023
DASAR KESELAMATAN | DASAR PRIVASI | PENAFIAN | PETA LAMAN | MAKLUMBALAS | DATASET | MOHON DATA
HAK CIPTA TERPELIHARA © 2020 JABATAN PENERANGAN MALAYSIA
Saiz Tulisan
Accessibility by WAH