• UTAMA
  • INFO KORPORAT
      • SEJARAH
      • VISI & MISI
      • STRATEGI
      • OBJEKTIF
      • FUNGSI
      • CARTA
      • PIAGAM PELANGGAN
      • DASAR KUALITI
      • MAKLUMAT BAHAGIAN
  • PROGRAM
  • GALERI
  • INISIATIF KERAJAAN
    • INISIATIF
  • DIREKTORI
    • JAPEN
    • AKRAB JAPEN

KORONAVIRUS: JABATAN PENERANGAN EDAR RISALAH DI SIBU ESOK

webmaster
Jul 30, 2020 BERITA JAPEN FEBRUARI 2020 Comments Off on KORONAVIRUS: JABATAN PENERANGAN EDAR RISALAH DI SIBU ESOK

KUCHING: Jabatan Penerangan Malaysia akan mengedarkan risalah melalui program ‘Info on Wheels’ bagi menyalurkan maklumat berhubung novel koronavirus 2019 (2019-nCoV) di sekitar bandar Sibu, esok.

Jabatan itu menerusi satu kenyataan hari ini memberitahu, ia sebagai langkah meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat setempat melalui unit bergeraknya.

Program itu dijangka akan dihadiri Ahli Parlimen Sibu, Oscar Ling dan Pengarah Jabatan Penerangan Sarawak, Swady Guliling.

Manakala pada malam 13 Februari ini, Swady dijangka akan menghadiri program program ‘Gong Xi Fa Cai @ Komuniti‘ anjuran JaPen dengan kerjasama Komuniti Harapan Malaysia Sarikei.

Ahli Parlimen Sarikei, Wong Lee Biu dijangka hadir.

Program itu diadakan dalam usaha untuk mengukuhkan perpaduan, kemakmuran dan keharmonian rakyat pelbagai kaum di negeri ini, kata kenyataan itu.

-UTUSAN BORNEO-

2019-nCoV

HUBUNGI

Aras 5,8-16 dan 18 , Kementerian
Komunikasi dan Digital, No. 4G9, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 Putrajaya.

Tel : 603-89113440
Faks : 603-89113466
E-mel : webmaster@inform.gov.my

PERKHIDMATAN

Portal Maklumat Rakyat
Webmel JaPen
Koleksi Audio/Video
Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA)

AWAN TAG

5g 2019-nCoV BELANJAWAN 2021 BPN BSH 2020 digital e-dagang e-tunai inisiatif kerajaan insentif kalendar keselamatan KKMM NFCP pencapaian peruntukan petrol ptptn statistik tabung haji tol

IKUTI MEDIA SOSIAL

facebooktwitterinstagramyoutube

JUMLAH PELAWAT

240,400 pengunjung

TARIKH AKHIR KEMASKINI

02 February 2023
DASAR KESELAMATAN | DASAR PRIVASI | PENAFIAN | PETA LAMAN | MAKLUMBALAS | DATASET | MOHON DATA
HAK CIPTA TERPELIHARA © 2020 JABATAN PENERANGAN MALAYSIA
Saiz Tulisan
Accessibility by WAH