• UTAMA
  • INFO KORPORAT
      • SEJARAH
      • VISI & MISI
      • STRATEGI
      • OBJEKTIF
      • FUNGSI
      • CARTA
      • PIAGAM PELANGGAN
      • DASAR KUALITI
      • MAKLUMAT BAHAGIAN
  • PROGRAM
  • GALERI
  • INISIATIF KERAJAAN
    • INISIATIF
  • DIREKTORI
    • JAPEN
    • AKRAB JAPEN

RAKYAT PERLU ZAHIRKAN BERSAMA “SEMANGAT MALAYSIA PRIHATIN” – PM

webmaster
Jul 30, 2020 BERITA JAPEN JULAI 2020 Comments Off on RAKYAT PERLU ZAHIRKAN BERSAMA “SEMANGAT MALAYSIA PRIHATIN” – PM

PUTRAJAYA – Semangat ‘Malaysia Prihatin’ perlu dizahirkan bukan sahaja kepada mereka yang bertugas di barisan hadapan, sebaliknya ia meliputi rakyat daripada pelbagai lapisan masyarakat yang juga merupakan wira tidak didendang.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, mereka tampil untuk memberikan bantuan dan sokongan tanpa mengira kaum, agama dan fahaman politik.

Katanya, ia merupakan petanda baik yang membuktikan rakyat Malaysia boleh bersatu sama ada di waktu susah apatah lagi dalam waktu senang.

“Pada hakikatnya, semangat Malaysia Prihatin ini juga kita hendak semarakkan di segenap segi kehidupan masyarakat, bukan sahaja dalam usaha kita menamatkan terus wabak Covid-19, tetapi dalam usaha memulihkan semula ekonomi dan kehidupan rakyat kearah yang lebih baik.

“Malaysia Prihatin perlu kita sematkan dalam ingatan untuk kita mengukuhkan kembali asas-asas perpaduan, keharmonian dan kesejahteraan rakyat Malaysia.

“Kita perlu melakukannya bersama-sama dan dengan keazaman dan usaha yang bersungguh-sungguh,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan sempena Sambutan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2020 di Dataran Perdana Putra, di sini hari ini.

Hadir sama pada majlis tersebut menteri-menteri Kabinet dan ketua-ketua jabatan kerajaan.

Muhyiddin berkata, beliau bersyukur kepada Allah SWT kerana dapat menjalani kehidupan dalam keadaan yang aman dan harmoni.

Justeru, beliau mengajak rakyat Malaysia untuk terus menyemarakkan keharmonian yang dikecapi selama ini demi negara yang tercinta dan sekaligus memartabat agenda untuk membina negara.

– MALAYSIA GAZETTE-

HUBUNGI

Aras 5,8-16 dan 18 , Kementerian
Komunikasi dan Digital, No. 4G9, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 Putrajaya.

Tel : 603-89113440
Faks : 603-89113466
E-mel : webmaster@inform.gov.my

PERKHIDMATAN

Portal Maklumat Rakyat
Webmel JaPen
Koleksi Audio/Video
Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA)

AWAN TAG

5g 2019-nCoV BELANJAWAN 2021 BPN BSH 2020 digital e-dagang e-tunai inisiatif kerajaan insentif kalendar keselamatan KKMM NFCP pencapaian peruntukan petrol ptptn statistik tabung haji tol

IKUTI MEDIA SOSIAL

facebooktwitterinstagramyoutube

JUMLAH PELAWAT

391,700 pengunjung

TARIKH AKHIR KEMASKINI

03 June 2023
DASAR KESELAMATAN | DASAR PRIVASI | PENAFIAN | PETA LAMAN | MAKLUMBALAS | DATASET | MOHON DATA
HAK CIPTA TERPELIHARA © 2020 JABATAN PENERANGAN MALAYSIA
Saiz Tulisan
Accessibility by WAH