Objektif

  • Mewujudkan perhubungan media yang akrab antara pihak kerajaan dengan media tempatan dan antarabangsa.
  • Menyediakan khidmat pengurusan media yang profesional kepada pihak media tempatan dan media antarabangsa.
  • Menyediakan khidmat pengurusan komunikasi korporat di peringkat Jabatan.
  • Meningkatan keberkesanan kempen melalui penyediaan khidmat nasihat dan perundingan komunikasi korporat kepada pihak kerajaan dan agensi-agensi di bawahnya.

Fungsi

  • Merancang dan melaksanakan aktiviti komunikasi korporat yang strategik untuk Jabatan Penerangan Malaysia.
  • Memberi khidmat nasihat dan perundingan komunikasi korporat untuk agensi-agensi kerajaan.
  • Melaksanakan aktiviti pengukuhan media bagi menjalankan hubungan baik dengan media tempatan dan media antarabangsa.
  • Melaksanakan aktiviti pengukuhan media bagi menjalankan hubungan baik dengan media tempatan dan media antarabangsa.
  • Mengeluarkan Kad Perakuan Media rasmi kepada petugas media tempatan dan antarabangsa.
  • Membantu pegawai – pegawai perhubungan awam di pelbagai agensi kerajaan untuk meningkatkan tahap profesionalisme dalam bidang perhubungan media.
  • Mengeluarkan Kad Perakuan Media rasmi kepada petugas media tempatan dan antarabangsa.
  • Memastikan pemegang Kad Perakuan Media rasmi mematuhi semua peraturan yang ditetapkan oleh Jabatan Penerangan Malaysia semasa membuat liputan media.
  • Mengurus liputan foto bagi acara-acara rasmi kerajaan.
  • Menyedia dan mengeluarkan Nota Kepada Pengarang, Kenyataan Media dan Siaran Media bagi acara rasmi Kerajaan kepada media tempatan dan antarabangsa (secara on-line).

Strategi

  • Dilaksanakan secara kerjasama strategik di antara agensi kerajaan dan sektor swasta, NGO dan media massa bagi menghasilkan impak yang tinggi dengan peruntukan yang optimum.
  • Peningkatan kompetensi perhubungan awam diperluaskan melalui strategi Training of Trainers (TOT).

Piagam Pelanggan

Kami berjanji menghasilkan kerja-kerja yang berkualiti sebagai sumbangan untuk membina bangsa Malaysia yang bermaklumat,proaktif dan berdaya saing dengan

  1. Mengeluarkan Nota Kepada Pengarang (NE) dalam masa  tiga (3) hari sebelum acara berlangsung;
  2. Mengeluarkan Siaran Media dalam masa dua (2) jam selepas menerima maklumat;
  3. Mengeluarkan Kad Perakuan Media dalam tempoh tiga (3) hari bekerja;
  4. Memberi khidmat Perhubungan Awam yang profesional dan berkesan dalam masa yang ditetapkan;
  5. Memastikan bahan publisiti dan promosi aktiviti Jabatan diedarkan kepada media tiga (3) hari sebelum aktiviti berlangsung;
  6. Memastikan program dan aktiviti Jabatan mendapat publisiti dan promosi melalui media rasmi kerajaan;
  7. Menyelaras pengeluaran Pas Khas Media tiga (3) hari sebelum acara rasmi kerajaan berlangsung;
  8. Memberi maklum balas kepada aduan pelanggan dengan cepat, tepat dan berbudi bahasa dalam tempoh masa berikut:

i. Surat Akuan dalam tempoh satu (1) hari bekerja;

ii. Maklum balas awal dalam tempoh tiga (3) hari; dan

iii. Laporan status aduan awam dalam masa satu (1) bulan (jika berkaitan).