Peranan
- Merancang dan menyelaras pemasaran maklumat dasar-dasar dan program kerajaan di media siber;
- Merancang dan menguruskan metodologi pengumpulan maklumat dan reaksi rakyat di media siber;
- Merancang dan mengenalpasi serta mengkaji penggunaan optimum teknologi terkini dalam media siber;
- Merancang dan mempromosi penggunaan media siber yang sihat dalam kalangan pengguna;
- Memasarkan maklumat dalam bentuk JaPenTV agar lebih menarik; dan
- Menyediakan maklumat berita semasa dalam bentuk portal.
Fungsi
- Merancang dan menyelaras pemasaran maklumat dasar-dasar dan program-program Kerajaan di media siber;
- Memantau dan menguruskan pengumpulan maklumat serta reaksi komuniti di media siber;
- Membangunkan kandungan digital yang kreatif mengenai dasar-dasar dan program-program Kerajaan melalui media siber di peringkat daerah, negeri dan ibu pejabat;
- Menyelaras dan menguruskan platform media sosial Jabatan, iaitu Facebook, Youtube, Instagram, Twitter dan Portal Berita di peringkat daerah, negeri dan ibu pejabat menerusi JaPenTV dan Portal MalaysiaAktif (MA);
- Memasarkan dan menularkan Video, Berita dan Infografik menerusi platform media sosial, kepada Netizen Media Siber (Facebook, Youtube, Instagram dan Whatsapp Groups);
- Memastikan maklumat dipaparkan oleh pihak Media Siber sentiasa dikemaskini.