Objektif

  • Bahagian ini menyediakan khidmat sokongan kepada bahagian-bahagian di Ibu Pejabat dan negeri-negeri dalam bidang pengurusan dan pembangunan sumber manusia termasuk perkhidmatan pembangunan organisasi, pembangunan sumber manusia, kenaikan pangkat, pengurusan tatatertib serta keperluan latihan.

Fungsi

  • Menyediakan khidmat sokongan kepada Ibu Pejabat dan Negeri berkaitan bidang pengurusan dan sumber manusia.

Piagam Pelanggan

  • Merangka modul latihan kursus yang bersistematik dan berkesan dengan memberi penekanan kepada aspek pembangunan diri, penguasaan pengetahuan kemahiran, kreativiti dan inovasi.
  • Mengenalpasti kebolehan pegawai bagi mengisi jawatan kosong secara pemangkuan atau kenaikan pangkat bagi semua peringkat mengikut kesesuaian Jabatan.
  • Penyediaan bagi semua jenis Penyata Perubahan Kewangan (Kew.8) dalam masa satu minggu daripada tarikh Surat Kebenaran penyata Perubahan Kewangan (Kew.8) diterima.
  • Mengemukakan Dokumen- Dokumen Persaraan Lengkap kepada Bahagian Pasca Perkhidmatan, JPA mengikut tempoh masa yang diarahkan.
  • Menguruskan proses LNPT dengan cekap, cepat dan efisien mengikut pekeliling-pekeliling dan peraturan-peraturan yang ditetapkan.
  • Memastikan pemakluman kelulusan Perisytiharan Harta pegawai/kakitangan dapat dilakukan dengan cepat dan segera supaya memudahkan urusan kenaikan pangkat, permohonan jawatan baru,temu duga serta menjamin akauntabiliti dan integriti pegawai dan kakitangan jabatan.
  • Menyediakan kajian perjawatan, penyusunan semula struktur organisasi, permohonan pengukuhan dan penyusunan semula jawatan dalam tempoh tiga bulan dari tarikh ia mula diterima dan diproses.
  • Melaksanakan naziran perjawatan sekurang-kurangnya dua kali setahun bagi memastikan penggunaan tenaga manusia yang optimum berdasarkan struktur organisasi yang sesuai.