Objektif
- Untuk mempertingkatkan lagi kesedaran, kefahaman, semangat perpaduan serta sokongan padu rakyat atas segala dasar, falsafah dan wawasan kerajaan.
- Untuk mewujudkan rangkaian komunikasi dua hala yang bertanggungjawab dan telus antara kerajaan dan rakyat bagi meningkatkan lagi kesefahaman dan perasaan tanggungjawab bersama terhadap kemajuan dan kemakmuran agama, bangsa dan negara.
- Untuk membimbing dan membudayakan pemikiran serta sikap rakyat agar selaras dengan matlamat dan cita-cita kerajaan.
- Mempertingkatkan lagi semangat cintakan negara dan memperkukuhkan nilai-nilai jati diri di kalangan semua lapisan masyarakat.
Fungsi
- Merancang dan melaksana program pemasaran maklumat melalui pendekatan komunikasi bersemuka.
Piagam Pelanggan
- Menyampaikan maklumat sesuatu dasar kepada sasaran melalui aktiviti komunikasi bersemuka dalam tempoh sebulan daripada arahan;
- Meningkatkan jaringan komunikasi diseluruh Negara melalui penubuhan Komuniti Bestari dan Penggerak Bestari untuk meningkatkan keberkesanan penyebaran maklumat; dan
- Menyampaikan maklumat melalui persembahan PENTARAMA sebanyak sembilan (9) kali sebulan.