kembara-merdeka-logo

Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) adalah salah satu aktiviti Jabatan Penerangan Malaysia bagi menyemarak kibaran Jalur Gemilang dalam kalangan rakyat Malaysia bersempena sambutan Hari Kebangsaan, Semangat cintakan negara diterjemah melalui tema bagi tahun tersebut.

Penganjuran Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) telah bermula pada tahun 2003. Aktiviti ini dapat meyaksikan pelbagai kenderaan daripada pelbagai agensi kerajaan. Mereka akan menelusuri seluruh Semenanjung Malaysia. Pelbagai program dan aktiviti dilaksana melibatkan pemimpin dan masyarakat dari pelbagai kaum dan latar belakang dengan menggelorakan Kibaran Jalur Gemilang.

  1. Meningkatkan semangat patriotism dan cintakan Negara dalam diri setiap rakyat Malaysia.
  2. Meningkatkan keyakinan serta sokongan rakyat kepada kerajaan seterusnya memahami konsep Malaysia Baharu.
  3. Menghayati semangat Rukun Negara yang merupakan tonggak perpaduan sebagai panduan dan amalan hidup rakyat Malaysia.
  4. Meningkatkan kesedaran dan menggalakan rakyat mengibar Jalur Gemilang sempena Sambutan Hari Kebangsaan.
  5. Menggalakkan penyertaan golongan muda di setiap aktiviti dan program anjuran kerajaan.
  1. Aktiviti Konvoi KMJG telah berlangsung dari 3 Ogos 2019 sehingga 16 September 2019.
  2. Tema KMJG 2019 adalah “Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih”
  3. Sebanyak 62 kenderaan terdiri daripada 17 kenderaan pelbagai agensi kerajaan termasuk 30 motosikal berkuasa tinggi dari Kelab Permotoran J17 bersama 15 buah motosikal Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan penglibatan seramai 133 orang peserta.
  4. Signifikan dengan Sambutan Hari Kebangsaan ke-62, konvoi KMJG telah melalui sejauh 6,200 KM yang merangkumi 62 “pit stop” di peringkat negeri, daerah dan komuniti.
  5. Majlis Pelancaran program KMJG 19 dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad di Dataran Pahlawan Megamall Melaka.
  6. Majlis perasmian peringkat negeri diadakan di semua tempat yang menjadi tumpuan masyarakat dengan penganjuran program Merdeka@Komuniti dan pelbagai aktiviti lain seperti:
  • Kempen Penghayatan Rukun Negara dan Malaysia Bersih
  • Gotong Royong Komuniti
  • Pemimpin Bersama Rakyat
  • Sukan Rakyat Peringkat komuniti
  • Program Kenegaraan Peringkat Sekolah dan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Swasta (IPTS)
  1. Pengedaran risalah dan penerbitan dasar-dasar kerajaan serta risalah yang berhubung dengan kempen penghayatan Rukun Negara dan Malaysia Bersih.
  2. Terdapat juga pameran-pameran di lokasi sambutan peringkat negeri dan daerah
  3. Persembahan PENTARAMA dan buskers telah di adakan di lokasi terpilih peringkat negeri
  4. Persembahan Flash Mob dan Pocket Show oleh kumpulan artis PENTARAMA atau penggerak budaya dengan membuat persembahan energetic dalam kalangan belia dan remaja.
  5. Pengedaran Jalur Gemilang telah dilakukan di kawasan tumpuan awam seperti pasaraya, pasar awam, UTC, RTC, kawasn perumahan dan rumah kediaman persendirian.