KOLABORASI KPDNHEP BERSAMA AIRASIA BAGI MEMPROMOSI PRODUK BUATAN TEMPATAN

Category: Infografik 2019

[vc_row][vc_column][vc_empty_space][vc_single_image image=”3596″ img_size=”full” alignment=”center”][vc_column_text]Kempen Beli Barangan Malaysia diperhebatkan dengan kerjasama strategik antara KPDNHEP dan syarikat penerbangan kos rendah, AirAsia dalam melonjakkan produk-produk usahawan tempatan ke peringkat antarabangsa.

Kerjasama itu antara lain membuka ruang kepada lebih dari 550 produk-produk tempatan yang dikenal pasti oleh kementerian untuk diketengahkan melalui platform-platform milik AirAsia iaitu menu dalam penerbangan, restoran francais Santan dan T&CO Coffee serta laman e-dagang OURSHOP.com dan ROKKI.

AirAsia juga telah bersetuju untuk mengecualikan produk-produk tempatan yang disyorkan oleh kementerian daripada caj penyenaraian (RM5,000) bagi platform e-dagang mereka, ROKKI dan OurShop.

Inisiatif ini akan meningkatkan lagi kesedaran terhadap kualiti produk buatan Malaysia, membantu perniagaan tempatan mengembangkan pasaran mereka dan memacu ekonomi negara.[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]