[vc_row][vc_column][vc_empty_space][vc_single_image image=”7932″ img_size=”full” alignment=”center”][vc_column_text]KUCHING: Penganjuran program Merdeka Komuniti diyakini dapat memupuk kesedaran masyarakat tentang erti kemerdekaan di samping mendorong belia untuk melibatkan diri dalam aktiviti kesukarelaan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu Datuk Amar Jamilah Anu berkata, program itu sangat bagus kerana dengan usaha sedemikian dapat mendedahkan generasi muda tentang perjuangan pemimpin terdahulu.
“Bagi golongan tua, mereka telah melalui zaman sebelum merdeka tetapi golongan muda mereka tidak pernah mengalami keperitan pada masa itu.
“Sehubungan itu, selepas kemerdekaan kita bebas untuk melakukan apa yang kita ingini dan mencorak negeri dan negara seperti yang kita inginkan. Kita harus pertahankan negara agar kekal aman dan program Merdeka Komuniti ini adalah usaha terbaik untuk semaikan kasih sayang kepada tanah air,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Program Merdeka Komuniti 2020 anjuran Jabatan Penerangan Malaysia dan Pejabat Daerah Lundu di Kem PLKN Putra Sentosa Sematan kelmarin.
Mengenai Sambutan Hari Kebangsaan Ke-63 bertemakan Malaysia Prihatin katanya, ia menunjukkan keprihatinan kerajaan dalam membantu rakyat serta berusaha memutuskan rantaian COVID-19.
Menurutnya, Malaysia melakar sejarah atas kecekapan semua pihak untuk menentang penularan COVID-19 dan ia dilakukan dengan sikap dan kerjasama antara satu sama lain.
“Justeru, terima kasih kepada petugas barisan hadapan dan semua yang terlibat sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga sekarang.
“Tanpa kerjasama daripada semua pihak, sudah pasti agak sukar untuk kita hadapi pamdemik ini,” kata Jamilah.
Hadir sama, wakil Pengarah Penerangan Negeri Sarawak Mohd Sahrizan Putit, Pegawai Daerah Lundu Gustian Durani, Pemanca Lo Sin Li serta ketua-ketua kaum dan masyarakat daerah Lundu /Sematan.
[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]