PELAN GENTIAN OPTIK DAN KESALINGHUBUNGAN NEGARA (NFCP) 2019-2023
[vc_row][vc_column][vc_empty_space][vc_tta_tour style="flat" shape="square" active_section="1"][vc_tta_section title="Pengenalan" tab_id="1579727598879-4e998a74-378f"][vc_single_image image="2595" img_size="full" alignment="center"][vc_column_text]Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara The National Fiberisation and Connectivity Plan (NFCP) dirangka bagi memenuhi keperluan negara dalam meningkatkan kualiti dan liputan jalur lebar, mengurangkan harga jalur lebar dan menyediakan akses jalur lebar untuk semua lapisan masyarakat.
Infrastruktur komunikasi terutamanya rangkaian fiber diperlukan bagi menyokong agenda ekonomi digital, dan membolehkan semua rakyat memanfaatkan peluang dan meneroka teknologi dan inovasi terkini.
Fokus kepada hala tuju strategik untuk pelaksanaan dasar dan inisiatif disamping mewujud persekitaran yang kondusif bagi memudahkan adaptasi teknologi masa hadapan:
- Menangani isu-isu yang menghalang ketersediaan kesalinghubungan digital yang berkualiti tinggi dan mampu milik secara meluas;
- Menyokong keperluan Negara pada masa hadapan dan memanfaatkan peluang-peluang yang ditawarkan oleh perkhidmatan / teknologi baharu;
- Memperjelaskan hala tuju strategik bagi menyokong ekonomi digital dan penggunaan teknologi masa hadapan; dan
- Pelan pelaksanaan selama 5 tahun [ 2019 – 2023].
- Pakej permulaan jalur lebar talian tetap pada kadar 1% Pendapatan Negara Kasar (PNK/GNI) menjelang tahun 2020;
- Ketersediaan kelajuan Gigabit di kawasan perindustrian terpilih menjelang tahun 2020 dan ke semua Ibu Negeri menjelang tahun 2023;
- 100% premis di Ibu Negeri & kawasan berimpak tinggi terpilih tersedia dengan capaian minima 500Mbps menjelang tahun 2021;
- 20% premis di kawasan pinggir bandar dan luar bandar tersedia dengan capaian sehingga 500Mbps menjelang tahun 2022;
- Rangkaian gentian optik meliputi 70% sekolah, hospital, perpustakaan, balai polis dan pejabat pos menjelang tahun 2022;
- Kelajuan purata 30Mbps di 98% kawasan berpenduduk menjelang tahun 2023; dan
- Penambahbaikan kepada liputan perkhidmatan mudah alih di sepanjang Lebuhraya Pan Borneo (setelah selesai pembinaan).