[vc_row][vc_column][vc_empty_space][vc_single_image image=”23513″ img_size=”full” alignment=”center”][vc_column_text]JELEBU: Pengamal media berperanan penting dalam menyampaikan maklumat tepat kepada masyarakat berkenaan isu-isu semasa kata Choo Ken Hwa.
Beliau merangkap Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Perpaduan, Penerangan dan Integrasi Nasional memberitahu media massa merupakan platform yang akan dibaca oleh semua rakyat.
Choo yang turut mewakili Menteri Besar Negeri Sembilan dalam ucapan menambah, inilah tugas pemberita iaitu mengemas kini dasar yang dibuat kerajaan agar sampai kepada orang ramai.
“Pengamal media bagaikan roda kenderaan. Tanpa roda tersebut, kereta tidak akan dapat berjalan (bergerak).
“Jadi, pemberita perlu memastikan agar maklumat dapat disampaikan kepada masyarakat dengan tepat,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutup Program Kembara Media 2023 Jabatan Penerangan (Japen) Malaysia, di Dewan Terbuka Taman Negeri Kenaboi, di sini, Rabu lalu.
Sementara, semua 22 orang peserta dari 15 agensi yang terlibat dalam program tersebut diberikan cenderahati sebagai tanda penghargaan dan disampaikan oleh Choo.
Hadir sama Timbalan Ketua Pengarah (Kandungan Digital) Jabatan Penerangan Malaysia mewakili Ketua Pengarah Penerangan Dr Haniff Hassan Pengarah Penerangan Negeri Sembilan Lt. Kol. Bersekutu (PA) Sabarudin Yeop Hamza dan lain-lain.
[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]