- BAHAGIAN DASAR DAN PERANCANGAN STRATEGIK
- BAHAGIAN GERAK SARAF DAN PENGURUSAN ISU
- BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN DAN KEWANGAN
- BAHAGIAN KOMUNIKASI VISUAL DAN SENI REKA
- BAHAGIAN MEDIA DAN KOMUNIKASI KORPORAT
- BAHAGIAN MEDIA SIBER
- BAHAGIAN PERHUBUNGAN ANTARABANGSA
- BAHAGIAN PENERBITAN DASAR NEGARA
- BAHAGIAN PERKHIDMATAN KOMUNIKASI DAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT
- BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
- BAHAGIAN TEKNOLOGI DIGITAL
- UNIT INTEGRITI
Bahagian Dasar Dan Perancangan Strategik
Objektif
Memastikan pengurusan yang cekap dalam hal ehwal pelaksanaan dasar-dasar Kementerian serta bertindak sebagai urus setia bagi mesyuarat-mesyuarat utama Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN).
Fungsi
- Merancang dan menyelaras keurusetiaan mesyuarat utama serta mesyuarat perancangan strategik bagi pemantapan program JAPEN;
- Menyediakan maklum balas berkaitan Kertas Dasar, Pertanyaan Parlimen dan mesyuarat utama Kementerian;
- Merancang, membangun serta memantau/membantu pelaksanaan pelan strategik JAPEN;
- Menyelaras penyediaan input, statistik, penilaian dan laporan pelaksanaan program/aktiviti JAPEN;
- Melaksanakan kajian keberkesanan program/aktiviti serta kepuasan pelanggan JAPEN;
- Menyelaras dan memantau pelaksanaan naziran bersepadu; dan
- Merancang, menyelaras, serta memantau pelaksanaan program pembudayaan kualiti dan inovasi JAPEN.
Piagam Pelanggan
- Menyediakan dan mengedarkan minit mesyuarat utama JAPEN dalam tempoh lima (5) hari dari tarikh mesyuarat diadakan;
- Menyediakan maklum balas yang jelas dan tepat bagi minit mesyuarat utama dalam tempoh dua (2) hari selepas penerimaan maklumat lengkap;
- Menyediakan resolusi retreat atau persidangan dalam tempoh tujuh (7) hari selepas tarikh retreat atau persidangan diadakan;
- Menyediakan maklum balas bagi Kertas Dasar, Pertanyaan Parlimen, dan mesyuarat utama Kementerian Komunikasi dalam tempoh tiga (3) hari selepas arahan diterima;
- Menyediakan laporan lengkap hasil kajian dalam tempoh satu (1) bulan selepas pemprosesan data selesai;
- Menyediakan laporan naziran dalam tempoh dua (2) bulan selepas tarikh akhir pelaksanaan naziran; dan
- Menyediakan laporan suku tahunan berkaitan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dan pencapaian JAPEN.