BAHAGIAN PENERBITAN DASAR NEGARA​

Bahagian Penerbitan Dasar Negara

Objektif

  • Menghasilkan bahan penerbitan secara bercetak dan digital yang berkualiti mengenai dasar, inisiatif dan kempen bagi meningkat keyakinan rakyat kepada kerajaan;
  • Memastikan ketersediaan bahan penerbitan dalam bentuk digital sebagai khazanah ilmu serta menjadi sumber rujukan kepada orang ramai.

Fungsi

  • Menghasilkan bahan penerbitan berkualiti mengenai dasar dan inisiatif negara sebagai sumber rujukan yang tepat dan berwibawa.

Piagam Pelanggan

Kami berjanji menghasilkan kerja-kerja yang berkualiti sebagai sumbangan untuk membina bangsa Malaysia yang bermaklumat, proaktif dan berdaya saing dengan:

  • Menyediakan bahan-bahan penerbitan yang bermutu tinggi, informatif, menepati kehendak sasaran dan keperluan semasa;
  • Mempelbagaikan bahan-bahan penerbitan untuk meningkatkan kefahaman masyarakat mengenai dasar, inisiatif dan kempen kerajaan.