BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA​

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

Objektif

  • Memperkasakan pengurusan sumber manusia yang cekap, berpengetahuan dan strategik bagi melahirkan modal insan Jabatan yang profesional, kompeten, berilmu dan komited terhadap kecemerlangan organisasi.

Fungsi

  • Menguruskan hal ehwal pelantikan, pengesahan dalam perkhidmatan, kemasukan ke jawatan tetap, pertukaran dan urusan perjawatan warga jabatan;
  • Merancang dan melaksanakan urusan penilaian, pemangkuan, serta kenaikan pangkat pegawai secara telus dan teratur;
  • Merangka dan menyelaras program latihan serta kursus pembangunan diri yang bersistematik untuk meningkatkan kemahiran warga kerja;
  • Mengurus hal ehwal gaji, elaun, kemudahan, serta kesejahteraan dan kebajikan kakitangan secara cekap;
  • Memastikan pelaksanaan sistem pengurusan prestasi yang efektif serta mengurusetiakan Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM) Jabatan;
  • Merancang dan menguruskan perkara berkaitan penganugerahan darjah kebesaran, bintang, dan pingat, serta pengiktirafan prestasi seperti Pingat Perkhidmatan Cemerlang (PPC) dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC);
  • Mengurus dan melaksanakan peperiksaan Jabatan bagi Skim Pegawai Penerangan, Penolong Pegawai Penerangan, Pembantu Penerangan dan Juruaudio Visual (JAV);
  • Menyelaraskan pengurusan, pengemaskinian, dan pelaksanaan aplikasi HRMIS secara menyeluruh di peringkat Jabatan; dan
  • Mengurusetiakan Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) bagi memelihara keharmonian hubungan dan sebagai saluran komunikasi dua hala antara pihak pengurusan dan pekerja.

Piagam Pelanggan
Kami komited untuk memberikan perkhidmatan yang cekap, telus dan berintegriti kepada seluruh warga Jabatan sebagaimana yang berikut:

  • Merangka modul latihan yang bersistematik dan berkesan bagi memperkasakan pengetahuan, kemahiran, kreativiti, serta inovasi kendiri warga kerja;
  • Mengenal pasti dan menguruskan pengisian jawatan kosong melalui proses pemangkuan atau kenaikan pangkat yang adil serta bersesuaian bagi semua peringkat gred;
  • Menyediakan semua jenis Penyata Perubahan Kewangan (Kew.8) dalam tempoh satu (1) minggu dari tarikh surat kelulusan diterima;
  • Mengemukakan dokumen persaraan yang lengkap ke Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) dan Bahagian Pasca Perkhidmatan (JPA) berdasarkan garis panduan serta tempoh masa yang ditetapkan;
  • Mengendalikan sistem pengurusan prestasi (MyPerformance) dengan cekap, pantas, dan efisien selaras dengan pekeliling serta peraturan semasa;
  • Melaksanakan kajian dan naziran perjawatan serta penyusunan semula struktur organisasi sekurang-kurangnya 5 tahun sekali bagi memastikan pengoptimuman modal insan;
  • Menguruskan proses pelantikan, penyambungan dan penamatan pegawai kontrak secara teratur dan mematuhi syarat perkhidmatan;
  • Memastikan tahap ketepatan dan integriti data dalam sistem HRMIS sentiasa dikemas kini mengikut KPI Jabatan; dan
  • Melaksanakan keurusetiaan Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) sekurang-kurangnya tiga (3) kali setahun secara berkala.