- BAHAGIAN DASAR DAN PERANCANGAN STRATEGIK
- BAHAGIAN GERAK SARAF DAN PENGURUSAN ISU
- BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN DAN KEWANGAN
- BAHAGIAN KOMUNIKASI VISUAL DAN SENI REKA
- BAHAGIAN MEDIA DAN KOMUNIKASI KORPORAT
- BAHAGIAN MEDIA SIBER
- BAHAGIAN PERHUBUNGAN ANTARABANGSA
- BAHAGIAN PENERBITAN DASAR NEGARA
- BAHAGIAN PERKHIDMATAN KOMUNIKASI DAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT
- BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
- BAHAGIAN TEKNOLOGI DIGITAL
- UNIT INTEGRITI
Bahagian Perhubungan Antarabangsa
Objektif
- Merancang dan melaksanakan penglibatan Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) di peringkat antarabangsa.
Fungsi
- Merancang strategi penglibatan JAPEN dalam bidang penerangan di peringkat antarabangsa;
- Melaksanakan kerjasama dua hala dalam bidang penerangan antara JAPEN dan negara luar;
- Menyediakan khidmat keurusetiaan dalam hal ehwal ASEAN, hubungan dua hala dan pelbagai hala yang melibatkan JAPEN;
- Merancang dan menyelaras pelaksanaan projek serta program Jawatankuasa ASEAN mengenai Kebudayaan dan Penerangan (ASEAN-COCI) di peringkat antarabangsa;
- Mengkaji keperluan dan keberkesanan bahan maklumat terbitan JAPEN untuk edaran luar negara; dan
- Mengenal pasti kumpulan sasaran bagi tujuan penyampaian maklumat di luar negara.
Piagam Pelanggan
- Melaksanakan program ASEAN-COCI secara berkesan, mudah difahami dan memberi manfaat kepada kumpulan sasar selaras dengan hala tuju kementerian (Sekretariat Kebangsaan);
- Melaksanakan program kerjasama dua hala dalam bidang penerangan antara Malaysia dengan negara luar berdasarkan Memorandum Persefahaman yang dipersetujui; dan
- Melaksanakan program kerjasama dalam bidang penerangan bersama-sama pertubuhan antarabangsa lain berpandukan arahan oleh Kementerian (Contohnya UNESCO dan OIC) bagi mencapai objektif yang ditetapkan.