BAHAGIAN MEDIA SIBER​

Bahagian Media Siber

Objektif

  • Menjadikan pengurusan media sosial Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) sebagai platform utama komunikasi strategik pemasaran maklumat, dasar Kerajaan dan isu utama serta menjadi sumber yang dipercayai dalam kalangan rakyat.

Fungsi

  • Merancang dan menyelaras pemasaran maklumat dasar dan program Kerajaan di media siber;
  • Memantau dan menguruskan pengumpulan maklumat serta reaksi komuniti di media siber;
  • Membangunkan kandungan digital yang kreatif mengenai dasar dan program Kerajaan melalui media siber di peringkat daerah, negeri serta ibu pejabat;
  • Menyelaras dan menguruskan platform media sosial Jabatan iaitu Facebook, Instagram, X, TikTok, Threads, WhatsApp Channel, Telegram Channel dan portal berita di peringkat daerah, negeri serta ibu pejabat menerusi JAPENTV dan Portal Malaysia Aktif (MA);
  • Memasar dan menyebarluaskan video, berita serta infografik menerusi platform media sosial kepada netizen (Facebook, Instagram, X, TikTok, Threads, WhatsApp Channel, Telegram Channel); dan
  • Memastikan maklumat dipaparkan oleh bahagian sentiasa dikemaskini.

Piagam Pelanggan

  • Menyediakan infografik mengenai isu-isu semasa bagi laman web rasmi dan laman media sosial rasmi JAPEN dalam masa satu (1) hari bekerja;
  • Menyediakan infografik mengenai isu-isu semasa bagi laman web rasmi dan laman media sosial rasmi JAPEN dalam masa satu (1) hari bekerja;
  • Menyediakan penerbitan video multiple camera production (MCP) berkenaan dasar, publisiti dan program Kerajaan sebagai kandungan di media sosial rasmi JAPEN dalam masa tiga (3) hari bekerja;
  • Menyediakan single camera production (SCP) berkenaan dasar, publisiti dan program Kerajaan sebagai kandungan di media sosial rasmi JAPEN dalam tempoh berikut:
    • Videografik – dua (2) hari bekerja;
    • Video – lima (5) hari bekerja;
    • VOX POP – dua (2) hari bekerja; 
  • Memuat naik maklumat semasa dalam talian dalam tempoh satu (1) hari bekerja;
  • Memuat naik kandungan digital yang berkaitan dengan isu semasa di laman media sosial rasmi JAPEN dalam masa satu (1) hari bekerja; dan
  • Menyediakan khidmat kepakaran komunikasi visual dalam mereka bentuk bahan penerbitan dan publisiti luar Jabatan; mengurus pameran yang bermaklumat dan menarik; serta produksi multimedia dan liputan fotografi dalam tempoh berikut:
    • Laman sesawang Jabatan - tiga (3) hari bekerja
    • Klip video (durasi 5 minit) - 30 hari bekerja