BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN DAN KEWANGAN​

Bahagian Khidmat Pengurusan Dan Kewangan

Objektif

  • Memastikan pengurusan kewangan organisasi dilaksanakan secara cekap, telus, berintegriti dan mematuhi peraturan yang berkuat kuasa;
  • Menyediakan perkhidmatan pengurusan yang berkualiti bagi menyokong kelancaran operasi dan penyampaian perkhidmatan organisasi;
  • Mengurus peruntukan, perbelanjaan dan hasil organisasi secara berhemah bagi mengoptimumkan penggunaan sumber;
  • Memastikan urusan perolehan, pembayaran, perakaunan dan pelaporan kewangan dilaksanakan dengan tepat serta mengikut tatacara kewangan yang sedang dikuatkuasakan;
  • Meningkatkan kecekapan sistem pengurusan dan kewangan melalui penambahbaikan proses kerja, penggunaan teknologi dan pembangunan kompetensi warga kerja secara berterusan;
  • Merancang, menyelaras dan melaksanakan pembangunan infrastruktur, sistem serta kemudahan organisasi secara cekap dan berkualiti;
  • Menyediakan perkhidmatan sokongan teknikal yang responsif bagi memastikan kelancaran operasi dan penyampaian perkhidmatan; dan
  • Memastikan pengurusan aset dan stor dilaksanakan secara sistematik, cekap, telus serta mematuhi peraturan dan prosedur yang berkuat kuasa.

Fungsi

  • Memberikan khidmat nasihat berkaitan pengurusan, kewangan, pembangunan, aset, perolehan dan pentadbiran kepada semua Bahagian serta pihak berkepentingan;
  • Memastikan pematuhan terhadap dasar, pekeliling, Prosedur Operasi Standard (SOP), pengurusan risiko dan kawalan dalaman melalui pemantauan dan penambahbaikan berterusan;
  • Mengurus hal ehwal pentadbiran pejabat, dokumentasi, rekod, mesyuarat dan perkhidmatan sokongan organisasi;
  • Merancang dan mengurus belanjawan, perakaunan, pembayaran, hasil, emolument, pinjaman, pelaporan kewangan serta memastikan pematuhan tatacara kewangan;
  • Mengurus proses perolehan bekalan, perkhidmatan dan kerja mengikut dasar, peraturan dan prosedur perolehan yang ditetapkan;
  • Mengurus pendaftaran, pemeriksaan, pelupusan aset serta pengurusan inventori dan stok secara sistematik; dan
  • Merancang, menyelaras dan memantau pembangunan infrastruktur, penyelenggaraan kemudahan serta menyediakan sokongan teknikal kepada organisasi.

Piagam Pelanggan

  • Menguruskan penerimaan masuk surat/dokumen rasmi jabatan penerangan Malaysia dan mengedarkan ke bahagian/cawangan dalam tempoh satu (1) hari selepas diterima daripada perkhidmatan pos/kurier;
  • Menguruskan perkhidmatan pengeposan dan penghantaran keluar surat/dokumen rasmi  dalam masa dua (2) hari bekerja selepas surat/dokumen diterima;
  • Menguruskan perkhidmatan pengangkutan kepada pegawai dan kakitangan jabatan penerangan dalam tempoh 14 hari bekerja selepas permohonan dalam sistem myBooking;
  • Menguruskan pendaftaran aset baharu dalam tempoh 14 hari bekerja selepas penerimaan aset;
  • Mengeluarkan bekalan stok daripada stor permohonan yang lengkap dan stok tersedia;
  • Memproses permohonan pembayaran yang lengkap dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja selepas dokumen LENGKAP diterima;
  • Memproses permohonan perolehan yang lengkap dalam tempoh tujuh (7)  hari bekerja dari tarikh penerimaan;
  • Menyediakan khidmat nasihat berkaitan peruntukan, perbelanjaan dan pengurusan bajet kepada bahagian/negeri;
  • Menyelaras penyediaan cadangan bajet tahunan organisasi mengikut jadual dan garis panduan yang ditetapkan; dan
  • Menyediakan perkhidmatan sokongan teknikal bagi majlis/program rasmi Negara/kementerian/jabatan.