BAHAGIAN MEDIA DAN KOMUNIKASI KORPORAT

Bahagian Media Dan Komunikasi Korporat

Objektif

  • Mewujudkan perhubungan media yang akrab antara pihak Kerajaan dengan media tempatan dan antarabangsa;
  • Menyediakan khidmat pengurusan media yang profesional kepada media tempatan dan media antarabangsa;
  • Menyediakan khidmat pengurusan komunikasi korporat di peringkat Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN); dan
  • Meningkatan keberkesanan kempen melalui penyediaan khidmat nasihat dan perundingan komunikasi korporat kepada pihak Kerajaan dan agensi di bawahnya.

Fungsi

  • Merancang dan melaksanakan aktiviti komunikasi korporat yang strategik untuk JAPEN;
  • Memberi khidmat nasihat dan perundingan komunikasi korporat untuk agensi-agensi Kerajaan.
  • Melaksanakan aktiviti pengukuhan media bagi menjalankan hubungan baik dengan media tempatan dan media antarabangsa;
  • Mengeluarkan Kad Perakuan Media rasmi kepada petugas media tempatan dan antarabangsa;
  • Membantu pegawai–pegawai perhubungan awam di pelbagai agensi Kerajaan untuk meningkatkan tahap profesionalisme dalam bidang perhubungan media;
  • Memastikan pemegang Kad Perakuan Media rasmi mematuhi semua peraturan yang ditetapkan oleh JAPEN semasa membuat liputan media;
  • Menyelaras liputan foto bagi acara-acara rasmi kerajaan; dan
  • Menyedia dan mengeluarkan Nota Kepada Pengarang (NE), Kenyataan Media dan Siaran Media bagi acara rasmi Kerajaan kepada media tempatan dan antarabangsa (secara dalam talian).

Strategi

  • Dilaksanakan secara kerjasama strategik antara agensi Kerajaan dan sektor swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan media massa bagi menghasilkan impak yang tinggi dengan peruntukan yang optimum; dan
  • Peningkatan kompetensi perhubungan awam diperluaskan melalui strategi Training of Trainers (ToT).

Piagam Pelanggan

Kami berjanji menghasilkan kerja-kerja yang berkualiti sebagai sumbangan untuk membina bangsa Malaysia yang bermaklumat, proaktif dan berdaya saing dengan:

  • Mengeluarkan NE dalam masa tiga (3) hari sebelum acara berlangsung;
  • Mengeluarkan Siaran Media dalam masa dua (2) jam selepas menerima maklumat;
  • Mengeluarkan Kad Perakuan Media dalam tempoh tiga (3) hari bekerja;
  • Memberi khidmat perhubungan awam yang profesional dan berkesan dalam masa yang ditetapkan;
  • Memastikan bahan publisiti dan promosi aktiviti JAPEN diedarkan kepada media tiga (3) hari sebelum aktiviti berlangsung;
  • Memastikan program dan aktiviti JAPEN mendapat publisiti dan promosi melalui media rasmi Kerajaan;
  • Menyelaras pengeluaran Pas Khas Media tiga (3) hari sebelum acara rasmi kerajaan berlangsung;
  • Memberi maklum balas kepada aduan pelanggan dengan cepat, tepat dan berbudi bahasa dalam tempoh masa berikut:
    • Surat Akuan dalam tempoh satu (1) hari bekerja;
    • Maklum balas awal dalam tempoh tiga (3) hari; dan
    • Laporan status aduan awam dalam masa satu (1) bulan (jika berkaitan).