piagam pelanggan
Kami berjanji menghasilkan perkhidmatan yang berkualiti sebagai sumbangan untuk membina bangsa Malaysia yang bermaklumat, proaktif dan berdaya saing dengan:
- Memberi perkhidmatan penerangan yang berkualiti, tepat semasa dan mudah difahami dalam tempoh 14 hari bekerja.
- Menyediakan laporan maklum balas yang objektif, tepat dan terkini dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dari tarikh isu berbangkit.
- Memberi khidmat perundingan pengurusan media yang berkesan dalam tempoh berikut:
- Kad Perakuan Media – tiga (3) hari bekerja
- Nota Kepada Pengarang – tiga (3) hari bekerja sebelum acara berlangsung
- Siaran Media – dua (2) jam selepas maklumat diterima
- Promosi dan Aktiviti Jabatan – 10 hari bekerja
- Menyediakan bahan-bahan penerbitan yang bermaklumat semasa, bermutu dan mudah difahami dalam tempoh berikut:
- Risalah dan Poster – 14 hari bekerja
- Nota Kepada Pengarang – tiga (3) hari bekerja
- Buletin/Majalah – 56 hari bekerja
- Buku/Kad Program – tujuh (7) hari bekerja
- Buku Mewah (Coffee Table Book) – 180 hari bekerja
- Memuat naik maklumat semasa dalam talian dalam tempoh dua (2) hari bekerja.
- Menyediakan khidmat kepakaran Komunikasi Visual dalam mereka bentuk bahan penerbitan dan publisiti luar Jabatan, mengurus pameran yang bermaklumat dan menarik serta produksi multimedia dan liputan fotografi dalam tempoh berikut:
- Mereka bentuk bahan penerbitan
- Risalah/Poster – lima (5) hari bekerja
- Buku kecil – tujuh (7) hari bekerja
- Buletin/Majalah – tujuh (7) hari bekerja
- Buku bergambar – 14 hari bekerja
- Publisiti Luar Jabatan – 16 hari bekerja
- Mengurus Pameran – 10 hari bekerja dengan bahan yang sedia ada
- Produksi Multimedia
- Promo Televisyen – 14 hari bekerja
- Laman Sesawang Jabatan – lima (5) hari bekerja
- Klip video (durasi 10 minit) – 30 hari bekerja
- Liputan Fotografi – satu (1) hari bekerja
- Memberi maklum balas kepada aduan pelanggan dalam tempoh berikut:
- Akuan penerimaan – satu (1) hari bekerja
- Maklum balas awal – tiga (3) hari bekerja
- Menyediakan kemudahan bahan alat siar raya dan multimedia dalam tempoh 14 hari bekerja.